Sambungan mommy daddyG Adam Rayyan dan Anis Insyirah berjalan di Farm In The City, Seri Kembangan.
Masa bergambar dengan anak ayam. DaddyG kata staff Farm In The City nak keluarkan ular. DaddyG excited nak tengok dan pegang ular.
Tapi mommy la yang kena posing dengan ular tu. Gambar daddyG mana boleh masuk dalam blog. Mahal la konon kan. Hahaha
Pastu suruh pegang pulak. Mommy dah la geli dengan ular ni. Walaupon kulit ular ni cantik. Tapi tak terasa nak pegang pon. Okey, mommy action jela. Kihkihkih
Elok dah sudah bergambar, kepala ular ni pon muncul. Saja la tadi bagi chance mommy posing pegang ular kan.
Ular ni sebenarnya jarang dibawa keluar. Rezeki la dia nak masuk dalam blog mommy kan. Hahaha. Ular ni adalah ular sawa Australia. Ular ni baru lepas makan. Sebab tu boleh keluar. Ular ni diberi makan seminggu sekali. Ular sawa Australia genetik saiznya pendek bebanding ular sawa Malaysia.
Seterusnya mommy berposing dengan Blue-tounged Skink / Blue-tonged Lizard.
Kulitnya macam kulit ular. Adoii mommy tak suka la. Tapi biasa la. Big boss berjaya memaksa saya berposing juga. Padahal tak tengok pon cicak pelik tu. Fokus kamera sahaja.
Seterusnya yang menarik di sini adalah Ostrich Egg iaitu telur yang terbesar di dunia.
Telur ini mampu menampung 90-100kg berat. Konon-konon nak test pijak dengan sebelah kaki. Kemudian staff Farm In The City suruh pijak dua-dua belah kaki. Mommy lebih kurang 57kg masa ni. Peace!
Adam Rayyan pon nak jugak tepek gambar di blog mommy. Hahaha sejak bila mommy kedekut ni. :P
Next, I am prarie dog. I am naughty, but people still loves me, what to do? I have short tail, fat body and I have foretoothe, kawaiiiiiiiiineh~~~
Ini pula racoon. Wah berpeluk sakan ke sana sini.
Tak segan pon dengan orang. Hahaha
Seterusnya adalah kuda. Budak-budak je boleh naik kuda ni. Tapi berbayar lah. Adam Rayyan takut. So kita amik gambar kuda hensem ni je la. Stylo betul rambut dia.
Dalam kepenatan sempat lagi berposing dengan kereta bernombor plat FARM IN THE CITY.
Ini adalah Meerkat. Tak pernah mommy tengok. Mommy ambil gambar dia, dia siap pose cantik lagi tengok kamera. Thank you!
Adam Rayyan masih bertenaga nak posing walaupon dah 3 jam kami berjalan.
Dah penat berjalan kita makan dulu. Perut semua dah berlagu. Set makanan ni untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak berharga RM28 kalau ada kupon.
Sedap boleh tahan. Makan pula di tempat berhawa dingin. Memang terbaik lah. Hilang penat-penat berjalan seketika.
Bye bye Farm In The City. Ada rezeki kami datang lagi.
Pengalaman yang sangat seronok di Farm In The City, Seri Kembangan ini akan menjadi kenangan terindah buat kami sekeluarga. Jalan-jalan sebelum perut meletop! Hahaha
Entry Farm In The City, Seri Kembangan
Memang sangat berbaloi jika menghabiskan masa bersama keluarga di sini. Anak-anak dapat mengenali haiwan dengan lebih dekat. Mommy dan daddy yang lebih teruja. Untuk maklumat lanjut mengenai Farm In The City boleh dapatkan di sini:
meremang bulu tengkuk tengok ular tu kak irra :D sedapnyaa makanan dekat situu :D
ReplyDeleteUlar dgn biawak tu takut kalo nk bergmbr dkt mcm irra. Apa tah lg kalo suh pegang. Cek geli...
ReplyDeleteSyioknya..
ReplyDeletesuka betul dengan haiwan eksotik cam ular tu.... teringin nak pegi...
tak sempat nak karang petting zoo
ReplyDelete