Entry Farm In The City, Seri Kembangan
Hari ini mommy sambung lagi ceritera ke Farm In The City, Seri Kembangan.
Ini adalah mommy Common Marmoset. Monyet kecil yang comel ini berusia 3 tahun. Si mommy ni ada anak yang berusia 7 bulan.
Masa uncle tu bercerita pasal keluarga Marmoset ni, mommy irra tanya,
"Mana daddy nya?"
"Daddy dia dah mati."
Alaaa sedihnya. Tak boleh nak ada zuriat banyak-banyak. Takpe, nanti pihak Farm In The City carikan pasangan baru. Boleh la dia ada keluarga besar.
Ini landak Afrika / African Crested Porcupine. Si landak ni duduk dalam sangkar dia lah.
Apa lagi. Posing la kita. Adam Rayyan tak perlu paksa bergambar. Kalau dia memang mood baik, dia datang bergambar bersama.
Ini biawak.
Uncle tu siap ambil biawak ni bawa ke atas tu. Kemudian boleh bergambar lagi ngan biawak ni.
Adam Rayyan pon nak bergambar jugak.
Ini lah The World's Smallest Spesies of Moduqua iaitu pelanduk.
Next station kita bertemu dengan Burung Hantu. Ada dua spesis burung hantu. Ini yang pertama.
Dan ini yang kedua. Comel sangat kan.
Bergambar dengan owl!
Mommy pertama kali jugak jumpa owl sedekat ini.
Sambung lagi perjalanan. Bergambar di mana sahaja tempat menarik. Ha ha ha
Ini memerang. DaddyG kata tadi memerang ni berenang. Bila kita datang, dia dah naik atas.
Ini Skunk. First time tengok. Tak tahu binatang apa ni. Hahaha
Siap selfie dengan anak ayam. Hihihi
Ini Black-tail Prairie dog / tikus tanah.
Nanti sambung lagi. Semua gambar mommy nak tepek kat blog.
Manusia semakin berusia akan semakin kurang keupayaannya. Blog ni buat titipan bila mommy dah tua. Dah lupa. Anak-anak boleh tengok blog dan baca cerita mereka. Mommy sendiri pon nak ingat balik kena godek blog sendiri la. Lalalalaa...
hmm, dah lama tak pegi zoo.. last skali pegi zoo masa umur 5 tahun.. hehe :) :)
ReplyDeleteMasa sue di sana burung hantu dengan ular sawa sedap tidoq ^^
ReplyDeletebanyaknya haiwan yang nani tak pernah tengok
ReplyDeleteerm baru dapat singgah ke blog mommy awesome ni, selalu bersua di IG sahaja, following disini #395 :)
ReplyDeletedah banyak kali dengan pasal tempat ni...macam menarikk je
ReplyDelete