Keluar rumah ambil udara segar


Duduk dalam rumah tanpa keluar ke mana-mana, boleh serabut kepala. Mommy plan nak bawa la anak-anak ke taman. Elok keluar je rumah, Anis Insyirah "buat kek" pulak. Term ni mommy dapat dari Sonographer scan 4D hari tu. 

Dah sepasal nak kena masuk semula rumah. Siap-siapkan Anis Insyirah. Kemudian bila keluar semula, mommy dah tak larat nak bawa ke taman. 

So kita main kat depan rumah je la ye. Seperti biasa, aktiviti pertama adalah sesi photoshoot. Almaklum lah mommy dah pakai lawa-lawa. Adam Rayyan tolong ambilkan gambar mommy dan Anis Insyirah.


Pastu mommy ambil gambar mereka. Kenangan bila besar nanti boleh tengok gambar masing-masing. 


Adam Rayyan yang bijak mencari idea bagaimana nak bermain di luar. Dia baling bola ke luar pagar. Kemudian buka pintu pagar, si adik pon menonong keluar sama. Yeay!! Bebas!!!


Jiran-jiran pon ada di luar. Elok sangat la. Makin seronok Adam Rayyan dan Anis Insyirah nak bermain di luar.


"Aunty, baby cakap apa? Kenapa tak faham apa baby cakap?"

"Baby kecil lagi. Baby tengah belajar cakap la tu. Awak dulu kecil-kecil pon macam ni juga."

"Aunty tak faham ke apa baby cakap?"

"Aunty pon tak faham.". Hahaha jenuh nak menjawab soalan budak-budak ni.


Semua nak melayan Anis Insyirah. 


Kakak ni pulak nak mendukung Anis Insyirah. Sampai Anis Insyirah takut. Berlari-lari dia dapatkan mommy. Hahaha


Pukul 7 semua masuk rumah masing-masing.

4 comments:

  1. seronoknyaa jadi diorang. hahaha. semua orang nak layan. dah besar kena layan perasaan sendiri. kahkahakh :D

    ReplyDelete
  2. Wahh seronok dpt main ptg2 kat luar ya..

    ReplyDelete
  3. hehehe dulu biasa dngr mak ckp pukul 7 semua kena balik rumahhh.. :d

    ReplyDelete
  4. seronok laa ada kawan nak main kat luar pagar.. dulu kecik2 pun ada syarat boleh main sampai jam brapa..

    ReplyDelete