Eksplorasi di Legoland Theme Park


LEGOLAND® Malaysia Resort mempunyai tujuh kawasan bertema tarikan untuk semua peringkat umur seperti The Beginning, LEGO® Technic, LEGO Kingdoms, Imagination, LEGO City, Land of Adventure dan MINILAND.  Ia merupakan pelayaran menarik seisi keluarga.

Percutian mommy ke Legoland ini adalah percutian bersama Geng Kelab Blogger Ben Ashaari. Mommy yang terawal sampai di Legoland Hotel. Kemudian blogger Dkna dan family, Hafiz Rahim dan family, Daus dan family, dan blogger Ujang dan family tiba. Dapat aje tiket, kami terus masuk ke Legoland Park.

1. THE BEGINNING

Hari Ahad baru ambil gambar di sini sebab hari Sabtu panas yang amat. 

Permulaan kami meneroka ke Legoland!

Excited sangat nak menerokai Legoland!

2. MINILAND: Asia in LEGO Bricks


Di tengah-tengah adalah MINILAND, di mana mercu tanda Asia telah dicipta menggunakan lebih 30 juta brick LEGO. Ia adalah dunia interaktif pada skala 1:20.


Kagum sangat tengok macam mana bangunan-bangunan hanya di bina dengan menggunakan brick LEGO.


Terdapat beberapa mercu tanda yang terkenal di Asia seperti Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur, Taj Mahal dan lain-lain lagi. 

Adam Rayyan tidak ketinggalan bergambar dengan LegoMan

3. LEGO CITY
Jom ke Lego City!


a) Rescue Academy
Masa ni Anis Insyirah dah tertidur dalam stroller. Mommy preggy tak boleh join. Daddy kata nanti Daddy sorang2 buat. Tak jadi apa la. So kami lalu sahaja.


b) LEGO City Stage


c) LEGO City Airport
Adam Rayyan 3 kali naik plane. Itu pon dia nak naik lagi. Eh Sariyanti belakang plane Adam Rayyan!


d) LEGOLAND Express
Disebabkan cuaca panas, yang ini kami naik dulu. Pusing sekitar park dengan train ni.



e) Boating School
Kami tengok dari jauh je. Cuaca panas yang amat. Tak daya nak main tengah panas. 


f) The Shipyard
Ini pon kami miss juga.



g) Junior Driving School
Adam Rayyan baru 3 tahun. Mesti dia taknak. Plus kami kekangan masa kat sini.


h) Driving School
Kalau nak explore semua yang ada di sini, kena habiskan satu hari hanya di Legoland Park sahaja.!


Mommy preggy pulak hanya menghabiskan masa dengan posing di sana-sini. Hihihi


4. LAND OF ADVENTURE

a) Lost Kingdom
Mommy dan Adam Rayyan masuk ke sini. Tapi tak ada gambar. Uhuk. Tu pon blur blur nak tembak yang mana. Rupanya kena tembak lampu hijau dan merah. Hijau 500 markah dan merah 1000 markah. Adam Rayyan dapat 500, mommy dapat 5500. 


b) Beetle Bounce
Daddy dan Adam Rayyan naik Beetle Bounce. Hebat la daddy dapat menenangkan Adam Rayyan.


c) Dino Island
Tak sempat juga ke sini.



d) Pharaoh's Revenge
Ini pon kami lalu sahaja.


5. IMAGINATION

Direka untuk peminat LEGO® semua peringkat umur, di sinilah kreativiti tidak kenal sempadan. 

a) Buid and test


b) Observation Tower
Tower ini sahaja yang mommy daddy Adam Rayyan dan Anis Insyirah dapat naik bersama.


Gayat juga anak teruna ni.


Dari atas menara boleh tengok keseluruhan legoland. Luas yang amat. Patut penat nak berjalan. 

c) Lego Studio
Masa tayangan baru sahaja bermula. Nak tunggu lagi setengah jam. So kami teruskan explorasi.


d) Kids Power Tower
Ini pon kami tengok sahaja dari jauh. 


e) Duplo Express
Mommy dah out of energy. Hampir 4 jam berjalan. Nak kena isi perut dahulu.


f) Duplo Playtown
Ini pon kami skip. 


Mommy hanya mampu posing aje. Ahahaha penat sangat.


Adam Rayyan pon tak ketinggalan.


6. LEGO KINGDOMS

a) Castle Stage
Kami lalu je di sini.



b) Merlin's Challenge
Daddy pon dah penat nak main masa ni.



c) Dragon Apprentice
Of course mommy dan Adam Rayyan tak lepas nak main.


d) The Dragon
Adam Rayyan tak cukup tinggi untuk masuk. Sedih je dia.


Yuhuuu bestnya kalau dapat main ni. 


e) The Forestmen's Hideout
Kami skip sebab dah lambat. Nak kejar masuk water park pula.



f) Royal Joust
Skip juga. Ini banyak skip. Nak kena datang lagi jawabnya.


Rehat kejap. Makan dulu. Guna kupon yang ada. Alhamdulillah. Boleh tahan sedap makanan kat sini.


7. LEGO® TECHNIC

Dalam LEGO® TECHNIC semuanya penuh aksi. Cari tunggangan kelajuan tinggi kepada yang berani dan bengkel LEGO® menarik untuk golongan muda.

Kat sini langsung kami tak singgah. Ada masa 2 jam sahaja lagi sebelum waterpark di tutup. 

a) LEGO Academy

b) Technic Twister



c) Project X


d) LEGO MINDSTORMS


e) Aquazone Waves Racers 


Mommy dah tak sempat nak explore semua ni. Gambar-gambar ni mommy ambil dari Legoland.com.my

Maybe one day mommy datang semula untuk explore semua. Tak cukup sehari. Padahal 4 jam dah berjalan ni. Penat tapi best! 

9 comments:

  1. hahahaha... skip skip skip skip... smua skip... kan dah pesan awal2... masa kena dr awal smpai habis... hahahah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alan jahat! Ibu mengandung mana lepas nak naik. Plane tu pon pujuk nak naik gak. Hahahahaa dapat gak naik..

      Delete
  2. Syoknya irra...x sabar nk p legoland juga nnt...larat irra berjln ek...4 jam tu..kagum..kagum..

    ReplyDelete
  3. Assalam irra,
    banyak betul maenan dalam tu kan3

    ReplyDelete
  4. Seronoknya...mmg xcukup sehari mcmni...

    ReplyDelete
  5. seronoknyaaa mommy. jelly nani tengok. hahaha :P nanti kena pergi lagi explore balik apa yang miss tuu :D

    ReplyDelete
  6. salam kenal irra..ya Allah tengok gambar je pon rasa kagum, besar betul tempatnya..teringin sangat nak bawak anak2 nnt..insyaAllah one day :D

    adaa follow sini ye, jemput irra ke blog adaa juge www.adaa-inspiration.com

    ReplyDelete
  7. Banyak nau aktiviti yang dalam ni yer.. hari tu x masuk sebab anak x cukup inci

    ReplyDelete
  8. tggu anak2 beso sket, cukup inci nak layan rollercoaster, baru dtg lg ke sini...kalo bawak anak kecik, mmg xleh nak enjoy legoland to the max..setakat layan sightseeing je nanti huhu..

    makan kt dalam tu mmg bole tahan..saya sefamili suka pizza nya :)

    ReplyDelete