Balik kampung daddyG! Unplanned


DaddyG tanya mommy Irra 2 hari lepas (Khamis).

"Kita nak balik kampung cuti Thaipusam atau Chinese New Year?"

Kalau CNY, perjalanan biasa 9 jam campur jammed lagi. Entah berapa lama perjalanan balik kampung masa tu. 

Baby pon dah 35 minggu. Mesti dah sarat sangat. Larat lagi ke nak travel jauh-jauh.

Kalau balik cuti Thaipusam, weekend ni je la. Baby 32 minggu lebih. Dah sarat sangat sangat jugak. Tapi better than 35 minggu tu. 

Daddy memang suka buat plan terkejut-terkejut ni. Padahal mommy irra dah tanya lama dah. Datuk nenek Kelantan dah rindu sangat kat cucu-cucu dia.  


Datuk nenek Kedah boleh jumpa masa mommy berpantang nanti. Sebulan kita kat kampung mommy nanti. 


So, pukul 11 pagi tadi selepas selesai segala urusan, kami empat beranak bertolak ke Kelantan Darul Naim.

Sekarang 6.30 petang. Masih dalam perjalanan. Cepat la sampai. Budak-budak ni dah kebosanan dalam kereta. 

3 comments:

  1. Salam,,.. saya tag akak di sini.. jemput join ^^
    http://eatmakeread.blogspot.com/2015/01/giveaway-free-template-by.html

    ReplyDelete
  2. nani pun nak balik kampung jugak. heheh

    ReplyDelete
  3. budak bambam nie.. buat geram je tgk taw..huhu

    ReplyDelete