Selama ni kalau travel ke mana-mana, anak-anak amat senang dijaga. Masuk je kereta macam lepas makan ubat tidur. Namun tidak untuk kali ini.
Anis Insyirah dah tertidur selepas kami memulakan perjalanan tadi. Tapi terjaga sebab mommy ubah kedudukan dia. Terus tak jadi tidur.
Tepuk tak jadi. Dodoi tak jadi. Semua tak jadi. Last-last dia segar bugar dan sambung main.
Kemudian Anis Insyirah kembali mengantuk. Dia merengek-rengek.
"Nak tidur, nak tidur.". Merengek sambil tenyeh mata. Tapi tak boleh tidur.
Mommy peluk dia marah. Mommy tepuk dia marah. Ishh nak buat macam mana ni. Mommy biarkan je la.
Akhirnya tewas juga. Mommy peluk entah kali yang ke berapa. Tidur.
Mommy letak bawah, dia bunyi sekejap dan sambung tidur.
lena sangat tidur tuu :D
ReplyDeleteBila dah tidur lena macam ni memang lega. ;-) Comel dia tidur.
ReplyDelete