Sejak Anis Insyirah kena ekzema dan mengenali Herbalist En Nizam, mommy sekeluarga mengamalkan beras rebus jenama Bombei.
Pernah cuba jenama lain. Tapi beras rebus Bombei juga yang berjaya menawan hati kami.
|
Beras Rebus Bombei |
Tak pernah cuba brand Faiza. Sebab harganya boleh buat daddyG pengsan. Hahahaa
Kenapa makan beras kaler perang? Putih baru la bersih.
Beras rebus tidak melalui proses pengilatan. Warnanya keperangan. Akan ada bau yang agak kuat semasa menanak. Kalau tak suka rasa beras rebus ini boleh la masukkan sehelai daun pandan.
Sebenarnya bila dah biasa, kita akan immune dengan bau tu. Dah tak efek apa-apa.
Putih bersih tapi zat tak ada. Rugi lah makan nasi. Bertambah rugi bila beras itu berlebihan dalam badan dan menyebabkan penyakit. Sama kes macam makan gula putih. End up tak sampai 30 tahun dah ada macam-macam penyakit.
Untuk kesihatan yang lebih lebih baik, masukkan beberapa biji halba. DaddyG tak suka halba. Jadi masa menghidang tu, ketepikan halba. So daddyG tak tahu mommy masukkan halba. :D Halba bagus untuk up immune system. Begitu juga beras rebus untuk up immune system.
Kenapa perlu makan beras rebus? Sebab beras rebus mempunyai banyak khasiat. 88% zat nya masih kekal berbanding beras biasa.
Berikut merupakan khasiat beras rebus:
1. Kurangnya kanji yang mana bagus untuk mengurangkan kandungan gula dalam badan anda.
2. Bila sudah kurang kanji@gula, maknanya anda dapat menjaga tubuh badan anda dengan ideal.
3. Boleh mengurangkan kolestroldalam badan. Boleh diet guna beras ni.
4. Mengandungi vit B1, B2, B6, zat besi, fosfat.
5. Mengandungi Mineral Magneseyang berfungsi sebagai bahan anti pengaratan dalam tubuh badan.
6. Menjaga jantung dan darah tinggi.
7. Kalsium lebih tinggi berbanding beras putih.
8. Mengandungi selenium dan fiber/serat sebagai anti kanser.
Okey. Faham tak lagi pasal beras rebus ni? Lama tak cerita pasal beras. Jom amalkan gaya pemakanan yang sihat!