Tak boleh hidup tanpa gula!


"TAK BOLEH HIDUP TANPA GULA". Ini merupakan statement poyo. Sebab pernah aje mommy berbulan-bulan tak guna gula masa ekzema Anis Insyirah meradang.

Tapi, sejak-sejak kenali GULA ORGANIK, mahal pon kami beli. Kebetulan hari Sabtu lepas kat Giant stok habis. 

Kononnya mommy kata tak apa lah, seminggu ni kita takyah la minum air manis.

Sekali mommy lupa beli plastik sampah. Plastik sampah wajib ada. DaddyG pon kata "Esok i cari plastik sampah".

Hari Ahad kami pergi Midvalley. Mommy ada date dengan Geng Kelab Blogger Ben Ashaari. Pastu siap dating dengan Yaya yang comel

Petang jam 6 mommy ada temujanji Scan 4D di Klinik Dunia Medik, Seksyen 23 Shah Alam. Keluar dari Midvalley masih ada masa lagi. Mommy bagi cadangan pergi Giant Shah Alam.

So daddy pon pergi la masuk Giant Shah Alam seorang diri sebab Adam Rayyan tidur. Okey la tu. Ramai-ramai masuk melambatkan dan memenatkan. 


Nak beli ni aje tapi setengah jam daddyG beratur nak bayar. Ramai sangat orang.


Terima kasih daddyG. Walaupon mahal, daddy masih berbelanja juga untuk kesihatan kita sekeluarga. Yang penting anak-anak sihat dan bebas penyakit. Kalau anak sakit, lagi banyak belanja. 

6 comments:

  1. kita tak pernah try guna gula organik ni.

    ReplyDelete
  2. plastik sampah kita sama :)

    setakat ni gula mmg sue x guna. masak simple2 yg x guna gula. anak2 bg madu je dkt diaorg.

    ReplyDelete
  3. skrg ni pun akak dah mula guna gula organik..lg2 sejak belajar buat water kefir

    ReplyDelete
  4. sy biasa gak bli gula organik ni, memang lebih mahal dr yang biasa, tpi kesihatan punya pasal, pejam mata ajelah huhu...

    ReplyDelete
  5. teringin nak cuba.. bagus pun bagus.. kena survey kedai yg terdekat nie..hihi

    ReplyDelete