Sekali Ajar Terus Lekat di Ingatan




Apa yang anak-anak kita lakukan adalah berdasarkan kelakuan orang di sekeliling mereka sama ada ibu bapa, jiran, kawan malah sesiapa sahaja yang singgah pada pandangan mereka. 

Mereka cepat belajar dan terima apa sahaja. Pada masa ini apabila ajarkan sesuatu, terus lekat di ingatan mereka.

Banyak contoh yang mommy perasan pada anak-anak mommy.

Apabila melalui kedai atau gerai mainan, Adam Rayyan akan singgah dan lihat apa yang dia berkenan. Daddy bukan tak pernah belikan mainan, tapi jarang-jarang sekali. Bila Adam Rayyan dah puas belek mainan tu, dia akan bye bye. Tidak merengek untuk dapatkan mainan terebut. Dia nak tengok je.

Apabila masuk ke Restoren Hakim, dia akan cakap nak "lolat". Sebab..... daddy dia pernah belikan gula-gula semasa bayar makanan. So dia akan ikut daddy setiap kali daddy nak ke kaunter untuk bayar makanan. Kalau tak ikut pon dia akan minta gula-gula bila kami keluar dari restoren. Daddy akan beli 2 biji, satu untuk Adam Rayyan dan satu untuk Anis Insyirah. Anis Insyirah gigit2 plastik gula-gula tu ja. Ha ha haa. Situasi ini berlaku bila ke Restoren Hakim sahaja. Kalau ke restoren atau kedai lain Adam Rayyan tak minta pon.

Setiap kali ke supermarket, Adam Rayyan akan minta roti, biskut, toblerone atau aiskrim sahaja. Semua yang dia minta adalah jenis makanan; kerana mana ada mak ayah lokek bab makan kan? Cuma kena kawal supaya anak-anak dapat zat makanan yang seimbang.


Kadang-kadang kesian kat orang yang promote barang mainan. Beriya dia promote supaya si anak nak juga mainan tu. Tetapi gagal; sebab daddy dah ajar tak boleh. He he he. Kenapa tak approach orang lain? Anak saya nak tengok je. Sorry...

Kesian anak tu tak ada mainan? Ha ha ha mommy dulu kan, main masak-masak guna daun-daun je. Pinggan mangkuk guna tempurung kelapa sahaja. Buat kuih tak guna playdough, bancuh selut(tanah) dengan air. Lagi happening tau! 

Lagi pulak, kalau mommy daddy belikan mainan, bukan depa nak main sangat pon. Mereka lagi minat main barang dapur mommy. Dua-dua anak suka bergolek atas tilam berdempek dengan mommy. Dua-dua suka melompat-lompat, berlari sana-sini, mengusik sesama mereka. Kemudian seorang akan nangis. 

Dua-dua anak ni suka rosakkan kotak tisu. Kemudian carik-carikkan tisu untuk mommy kerja over time. Bersepah tisu sana sini. Bertuah punya anak!

Kadang-kadang mommy kena marah dengan daddy sebab suruh Adam Rayyan mintak mainan kat daddy. 

"Jangan ajar anak", kata daddy.

"I nak tengok camana you handle kehendak anak ja". hahaha mommy pon mengada.


4 comments:

  1. bagusnya anak2 akak ni. tak merengek sgt. betul tu kak. kena ajar dari kecik.

    ReplyDelete
  2. setuju sangat....kita yg kene ajar anak kita dr kecik..kalo tak mengada lebih la dia..hehehe

    ReplyDelete
  3. budak2 mcm ni mmg senang di ajar...dan mereka suka perati apa yg kita buat..

    ReplyDelete