Pregnant mommy sensitive


Pregnant kali ni, aku nak menyendiri je. Sebenarnya tak sempat pon ada masa untuk diri sendiri. Masa aku, anak-anak yang punya.

Kalau aku terlena kepenatan, anak datang kejut. Kalau aku tak jaga, anak korek biji mata. Haaa terjaga kau yang baru 5 minit terlena.

Aku harap tak ada yang terasa kerana aku menyepi. Bukan menyisih. Cuma perlu ruang untuk sendiri. Berebut masa dengan anak-anak sendiri je sekarang ni. Aku kalah.

Si ibu tetap akan mengalah. Si ibu tetap akan gagah. Siapa lagi nak buat kalau bukan aku.


Jadi aku kalah dengan hal sendiri. Blog yang sepatutnya semakin maju, merudum. Dari ranking alexa 1k sekarang dah jadi 9k. 

Badan tak mampu dah menghadap pc. Lama sungguh aku tak berblogging melalui pc.

Mata tak mampu juga menghadap ipad/iphone. Kalah kerana kepenatan. 

Otak tak dapat berfikir banyak. Mana mungkin aku melakukan sesuatu di luar kemampuan diri. Walau sudah kugagahi.

Aku masih bergerak dengan kemampuan yang ada. Maaf andai aku dah tak menjenguk ke rumah teman-teman(blogwalking). 


Dah badan penat. Cepat pulak sentap. Cepat juga berlinang air mata. Aduhhh bertabahlah duhai hati.

Elok juga aku bersendiri. Jadi aku tak disakiti. Aku juga tak terasa hati. Sensetif sungguh la mommy ni.

Terima kasih pada yang sudi singgah membaca blog mommy.

6 comments:

  1. Sedih baca coretan akak ni. Sabar ye kak. Jasa seorang ibu ni besar di sisi Allah. Saya nampak gambar akak, anis dan adam happy je kat instagram tapi dalam hati akak siapa yang tahu kan. Sabar ye kak. Saya selalu doakan yang terbaik untuk akak. :) adam dan anis kecil lagi. Bila diorg dah besar, mesti diorang faham kepenatan akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya sedih sbb tak boleh maintain blog. Penat tu tak boleh buat apa. Tu kata kalah dengan diri sendiri.

      Delete
  2. apa pun semoga irra terus tabah dan sabar menghadapi ujian semasa mengandung...insyaAllah semoga dipermudahkan urusan ira

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengandung tu normal je dugaan. Mmg badan out. Orang je tak faham.

      Delete
  3. tak pe mommy ira. rehat banyak2. tak mo sedih2. ibu mengandung kena happy gituuu. hehehhe :)
    semoga tabah menghadapi caaran masa preggy :)

    ReplyDelete
  4. tulah kn adat ibu mengandung..sabar k..bnyakkan bersabar nanti dah keluar semuanya balik pada asal...huhuhu

    ReplyDelete