Pengantin Berendoi


Kebiasaannya buaian sinonim dengan baby. Majlis berendoi dibuat untuk baby yang baru lahir. Kelainan majlis perkahwinan adik kali ini, mommy buatkan buaian untuk pengantin dan tetamu berendoi. Berendoi orang tua. Hahaha tapi jangan risau, buaian ni kuat dan kukuh.


Mommy irra bersama abah, Haji Khalid merasmikan buaian. Tak pernah jumpa lagi buaian untuk pengantin ni. Bersemangat waja mommy nak buat buaian ni dengan bantuan abang sepupu dan kak Suhaila. So mari kita berposing sakan untuk kenang-kenangan.


Yang single tu sepupu mommy Irra. 


Ini lah kak Suhaila, orang kuat majlis. Kak Suhaila anak ketiga Haji Khalid dan anak perempuan sulong. Kak Suhaila mempunyai 3 orang anak iaitu:
Saiful Adli
Adlina Suraya
Irdina Safiah
Bab doorgift dan segala hiasan bilik, pelamin dan meja makan kak buat. 


Mommy irra ada isi doorgift 250 bungkus dan bantu sikit-sikit. Mommy kalau tak preggy  boleh la nak memanjat-manjat. So kali ni mommy banyak bagi arahan dan menjadi tukang komen. 


Ini Fatin Nadhrah dan Saiful Adli. Mereka sebaya dan lahir tahun 2000. Saiful Adli merupakan cucu sulong Haji Khalid dan Hajjah Rokiah.


Ini anak kak suhaila yang kedua, Adlina Suraya. Tahun depan UPSR. Semoga berjaya Adlina Suraya.


Eh baru nak perkenalkan pengantin. Adik bongsu mommy Irra. Buaian pon dah rebeh(buruk) rupa. Tak apa. Pengantin tetap cantik. Muda 2 tahun dari mommy Irra. 


Pengantin dan abah. Abah bagi ja kami adik beradik nak buat apa pon untuk majlis adik. Anak bongsu kan. 


Abah tahun ni berumur 67 tahun. Emak pula berumur 65 tahun. Cucu pula ada 15 orang. Tahun depan cucu 16 orang. InsyaAllah.

Ni bukan cerita buaian dah. Cerita family mommy Irra. Okey masuk semula bab buaian. Mommy hanya beli tali 10 meter. Kemudian abang sepupu yang tolong buatkan. Mommy hiaskan buaian dengan bantuan kak Suhaila. Tirai di belakang di bantu oleh daddyG dan abang-abang sepupu. Terima kasih kerana membantu menjayakan misi mommy Irra.

4 comments: