Masa ekzema Anis Insyirah flare up/meradang, mommy hanya mandikan Anis Insyirah dengan air daun sireh dan garam bukit himalaya. Daun sireh mommy beli 50 helai kat pasar berharga RM0.10 sehelai, mommy blend bersama sedikit garam bukit himalaya dan simpan dalam peti.
Mommy menggunakan rawatan natural 100% menggunakan herba untuk Anis Insyirah. Disebabkan mommy menyusukan Anis Insyirah, mommy sendiri berhenti menggunakan apa sahaja yang mengandungi bahan kimia.
Mommy stop guna sabun dan shampoo yang tinggi kandungan SLS. Stop makan ayam dan daging. Hanya beli sayuran organik. Segala bahan kimia yg mommy ambil akan diserap ke dalam susu.
Dahsyat la perubahan mommy buat demi anak cepat sembuh. Benda jadi mudah bila kita memahami kenapa bahan kimia itu akan mengganggu penyembuhan ekzema. Nak anak sembuh cepat, bertindaklah. Sebab mommy yang akan terkesan dan menanggung sendirian. Bukan orang lain.
Alhamdulillah berkat usaha gigih mommy, Anis Insyirah dah semakin baik. Doktor sahkan alergik Anis Insyirah ada 10% lagi. Kena tunggu sistem immune tubuh Anis Insyirah kuat dan melawan bendasing yang menyerang dia.
Walaubagaimana pon, Mommy dan sekeluarga masih meneruskan amalan gaya hidup natural. Mommy kena mencegah baby dari mempunyai ekzema. Mommy sanggup buat apa sahaja supaya pisang tidak berbuah 2 kali.
Tapi tak larat dah bila berbulan kena g pasar beli daun sireh kemudian blender. Mommy mencuba pulak mandian organik. Mommy dah pernah cuba jenama Buds selain Moogoo. Mommy lagi prefer mandian Moogoo.
Selain mandikan Anis Insyirah, Milk Wash Moogoo juga mommy gunakan untuk mencuci muka mommy. Tak payah nak beli pencuci muka. Mommy kongsi je Milk Wash Moogoo dengan Anis Insyirah.
Milk Wash Moogoo selamat jika ditelan, tidak memedihkan mata dan berbuih.
Seronok je Anis Insyirah mandi dan bermain buih. Mommy pon tak perlu susah hati kerana sabun Moogoo ini tidak akan merengsakan kulit.
Walaupon Anis Insyirah dah nampak macam tak ada ekzema, mommy tetap akan terus menggunakan Milk Wash Moogoo sehingga Anis Insyirah betul-betul bebas ekzema.
Ingridient Milk Wash Moogoo:
Aqua, Decyl Glucoside (Glucose Based Cleanser), Sodium Lauroamphoacetate (Coconut Derived Cleanser), Behentrimonium Methosulfate (Canola Based Detangler), Lauryl Glucoside (Glucose Based Cleanser), Cetearyl Alcohol (Plant Based Emulsifying Wax), Cocamidopropyl Betaine (Coconut Derived Cleanser), Glyceryl Oleate (Skin Conditioner), Coco-Glucoside (Glucose Based Cleanser), Allantoin, Piroctone Olamine, Hydrolysed Milk Protein, Fragrant Oil (Phthlate Free).
inshaAllah... semoga adik insyirah cept baik..
ReplyDelete10% shje lg.. and nice shring tntg sabun tu sis
Skrg sue pki teh roobois je. Tiap2 bln nk maintain buds...kopak jg la..
ReplyDeleteSeronoknya main buih...
ReplyDeleteFirah ada ekzema jugak.. tapi, dia muncul bila dah besar ni.. sobbb
ReplyDeleteDahlia pun guna moogoo tp diselang seli dgn sabun Ghar (ekstrak buah zaitun dan vit e)
ReplyDeletealhamdulillah... seronok dapat tahu berita ni... eh eh bila rambut Anis nak panjang ni.. teringin tau tengok Anis Insyirah bertocang... comeynyeeee
ReplyDeleteboleh cri body wash ni nnti..
ReplyDelete