Kenduri Akhir


12 Disember 2014 adik selamat bernikah dengan pilihan hatinya. Maka semalam 13 Disember 2014 merupakan kenduri perkahwinan yang terakhir. Anak pak ndak Khalid tak ada yang bujang dah.



Pengantin sampai seawal jam 12 tengah hari. Mommy keluar je bilik lepas bersiap, pengantin dah ada di pelamin. 



Pengantin bergambar kenangan dengan ibu bapa pengantin perempuan.

Pelamin adalah hasil dekorasi Kak Suhaila dan Maksu Shakirah. Very simple and nice. 



Pengantin bergambar kenangan bersama ibu bapa pengantin lelaki. Pengantin lelaki berasal dari Segamat. InsyaAllah minggu depan kita ke Segamat.


Setelah bergambar kenangan bersama semua ahli keluarga, pengantin dan keluarga menjamu selera. 


Majlis last dah. Kali ni siap ada meja bersantap yang di hias indah juga oleh Kak Suhaila dan Maksu Shakirah. 

Mommy dan daddyG dulu makan bersila ja ok. Hahaha im not jeles :p


Pengantin sporting je melayan anak-anak saudara suruh makan bersuap. Wahh advance betul anak-anak saudara makcik ni. 


Ini je gambar yang ada bersama pasangan pengantin. Terserlah ketidaktinggian dan kebesaran mommy Irra. Huhuhu

Selamat pengantin baru adik dan khairil. Semoga cepat beroleh zuriat macam kakak-kakaknya. Aamin.


5 comments:

  1. tahniah untuk adik sis :) semoga berbahagia selalu :)

    ReplyDelete
  2. Baby bump comel...adik irra ada iras muka irra juga, dah nama pon adik beradik kan..

    ReplyDelete
  3. cantik pelamin..ringkas tapi menarik

    ReplyDelete
  4. pelamin simple n cantik.. terbaikk.. :)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah... cantik merpati 2 sejoli...

    ReplyDelete