Mommy nak ajak semua buat sedikit ulangkaji mengenai ekzema. Walaupon bukan saudara terdekat anda mengalami ekzema, maybe anda dapat membantu kawan-kawan yang anaknya ada ekzema atau sesiapa sahaja yang berada berhampiran anda yang mengalami ekzema.
Dulu mommy takut tengok baby ekzema dan langsung tak ambil tahu perihal ekzema. Sehingga tanda-tanda awal ekzema ada pon mommy tak perasan. Jangan jadi macam mommy. Jom kita cegah ekzema!
Ekzema adalah penyakit kulit yang kronik. Pesakit ekzema akan berasa gatal yang amat dan akibat menggaru menyebabkan ekzema semakin memburuk. Kalau kena gigit nyamuk pon dah gatal kan. Ini kan pulak ekzema yang gatal teramat sangat.
Kualiti kehidupan pesakit dan keluarga pesakit ekzema akan berubah 100%. Ia bukan sakit yang membawa maut, tapi ekzema adalah sakit yang akan mengganggu mental dan persekitaran pesakit dan keluarga.
Ekzema ni kita boleh cegah sebenarnya. Doktor kata anak ekzema sebab keturunan. Alhamdulillah anak pertama, Adam Rayyan tak ada apa-apa penyakit auto-immune sama ada ekzema, asma atau alergik.
Ekzema Anis Insyirah berpunca daripada pemakanan semasa mommy mengandung. So, ekzema ni boleh dicegah dengan menjaga pemakanan semasa mengandung. Masa mengandung Anis Insyirah mommy tak tahu pon pasal makanan yang boleh meningkatkan alergik.
Ekzema pada pengetahuan mommy adalah apabila kadar alergik yang tinggi dalam badan dan ekzema akan maradang apabila dirangsang. Tahap ekzema akan bergantung kepada tahap alergik dalam badan seseorang. Lagi tinggi alergik, lagi teruk ekzema.
Cara nak merawat ekzema dari akar umbi adalah dengan mengurangkan alergik tersebut dengan cara detox alergik. Bagaimana? Jika berminat nak mengetahui lebih lanjut boleh pm/email mommy ya. Mommy tak jual ubat tau. Tapi nak merawat yang betul kena direct terus dengan mommy. Mommy nak tahu keadaan pesakit ekzema dan rawatan semasa yang digunakan. Baru senang mommy nak terangkan cara rawatan yang sesuai untuk pesakit.
Di sini mommy lebih kepada pencegahan ekzema sejak dalam kandungan lagi dan memastikan kadar alergik baby dalam kandungan adalah seminima mungkin.
Bila Anis Insyirah ada ekzema, mommy takut nak beranak lagi. Tapi rezeki Allah bagi, mommy kena hadapi jua. Anis Insyirah tinggal sikit je lagi alergiknya. Maka, penekanan sekarang adalah kepada baby dalam kandungan.
Mommy taknak pisang berbuah dua kali. Cukup 7 bulan menghadap kulit ekzema yang berdarah, berair dan berkeruping.
Mommy dan daddy sanggup tak makan makanan yang boleh meningkatkan kadar alergik. Mommy dan daddy sanggup tak makan makanan yang boleh merangsang ekzema. Mommy sanggup tinggalkan semua makanan yang tidak sihat walaupon suatu ketika dahulu ia adalah feveret mommy.
Apa makanan yang boleh meningkatkan alergik dalam badan?
Makanan yang mempunyai aflatoksin iaitu toksik semulajadi yang tinggi. Aflatoksin berada dalam segala jenis kekacang terutamanya kacang tanah.
Aflatoksin yang masuk ke dalam badan akan kekal dalam badan dan tidak dapat dikeluarkan. Bila mommy makan aflatoksin, baby akan mendapat aflatoksin melalui ibu dan kadar alergik baby akan meningkat.
Baby yang mempunyai kadar alergik yang tinggi akan menjadi sensetif. Apabila toksik dirangsang dengan chemical seperti Sodium Laurate Sulfate yang terdapat dalam mandian baby, jadi la ekzema.
Bila dah jadi ekzema, badan kena detox toksik tu baru lah kulit akan menjadi stabil. Selagi kadar alergik macam tu je dalam badan dan immune system tak stabil, proses penyembuhan akan menjadi lambat. Immune system baby bawah 24 bulan adalah tidak stabil.
Rawatan pertama yang perlu untuk pesakit ekzema adalah detox alergik. Rawatan kedua adalah tingkatkan immune system pesakit ekzema. Kemudian baru lah rawatan yang ketiga iaitu repair kulit yang rosak akibat ekzema.
Apakah yang boleh merangsang ekzema?
Penggunaan drug/steroid/chemical boleh merangsang dan akan memudaratkan lagi ekzema. Yang ni mommy terang next entry.
Adakah cara pencegahan mommy ini akan berhasil?
Penyakit ni Allah bagi. Kita sebagai manusia hanya mampu berusaha, berusaha dan berusaha mana yang terdaya. Dah berusaha disusuli dengan doa. Semoga anak-anak mommy bebas ekzema. Aaminn.
Isk kesian tengok muke budak tu
ReplyDeleteSekarang lagi ramai baby pas lahir kena ekzema. Uhuk
Deleteanak pengasuh arfan pn ada eczema..sy mtk dia rujuk blog sis..xthu lah skrg mcm mn da jadinya.sb dia pengasuh sementara je.
ReplyDeleteSuka tengok anis insyirah sekarang. hee
ReplyDeletesedihkan bila anak kita kena eczema..masa tu tak dapat bayangkan bila anak eczema ni tergaru2 sampai berdarah sbb tak tahan gatal..semoga Anis terus sembuh dari eczema..
ReplyDeleteSemoga anis sembuh sepnuhnya..aaminn
DeleteAlhamdulillah bila tgk Anis dah sembuh..sekarang ni mmg pelik..ramai sgt baby yg lahir kena eczema..
ReplyDeletedetok dulu yer..hm...byk lg kena baca ni
ReplyDeleteAssalamualaikum,saya zila..saya nak yanya cmne nak merawat ekzema,anak saya dah sebulan lebih kena ekzema ,ubat,klinik,sume dah pegi..dan jawpn doctor same,"ekzema tiada ubat"...tolg saya,sy sdeh tgok anak sy gatal2...sme sperti anak awk..sy rase awk msty fhm perasaan sy skang ni...harap awk dapat membantu..awak boleh hubungi saya di email juiceapple92@yahoo.com /androidacc5022@gmail.com..atau awk add saya di wechat zila2207..saya harap sgt awak dpt tolg saya...trima kasih
ReplyDeleteAssalamualaikum....
ReplyDeletesy berminat nak tanya "Cara nak merawat ekzema dari akar umbi adalah dengan mengurangkan alergik tersebut dengan cara detox alergik."
utk org dewasa sama cara atau lain?
Mommy anis... nak emel mommy. Nak tanya step dia. Baby kita dah 2 bulan kena ekzema. Kejap je kulit dia baik, pastu naik balik
ReplyDelete