Shopping Cosmoderm Secara Online


1. Register online di http://www.cosmoderm.com.my. Kemudian akan dapat email dari Cosmoderm.


2. Kemudian login dan boleh mula membeli-belah secara online di cosmoderm.com.my. Mudah je. Klik barang yang nak dibeli dan ADD TO CART. Kemudian Checkout dan isi form yang diberi untuk details penghantaran. Mudah sangat nak follow.


3. Dengan pantas Cosmoderm akan balas email dan berikan number order. He he he cepat la sebab auto email.


4. Esoknya pagi-pagi dah dapat email pengesahan pembayaran yang dibuat malam tadi. 


5. Pagi-pagi hari Khamis dapat email pemberitahuan barang yang mommy beli dah dipos. Satu hari masa untuk bungkus parcel. Baru pos. Okey la company besar kan. Kira cepat la tu. 


2-3 hari bekerja maksudnya:
  • 7 November Jumaat - 1 hari
  • 8 November Sabtu - 2 hari
  • 9 November Ahad - CUTI
  • 10 November Isnin - 3 hari
Estimate day barang akan sampai paling lewat adalah hari Isnin. 

Petang dapat email dari sistem Cosmoderm lagi. Bagus kan, mereka tak buat customer tertanya-tanya.


Mommy pon dengan sabarnya menunggu. Hari Isnin dari pagi sampai ke petang asal bunyi hon je terus jenguk ke luar. Punya excited tunggu my new BFF. Ingat Fyna je boleh ada BFF? Mommy nak jugak! 


Pukul 5 petang tak ada juga kunjung tiba. Pasrah jela mommy tunggu esok pula.

Tiba-tiba pukul 8:30 bunyi hon di luar rumah. Eh rumah kita ke. Bila jenguk ke luar, Courier Nationwide. Naik motor je. Heeee berbunga-bunga hati ni.

Taraaaa


Barang apa mommy beli? Tunggu next entry! 

3 comments:

  1. mudah kan bila dapat shopping barangan cosmoderm secara online? pssstttt... irra beli apa? tiba-tiba tak sabar kan?

    ReplyDelete
  2. beli ape kak ira? review pliss..hihi

    ReplyDelete
  3. dah tahu apa barang yg di order sbb baca entry yg latest dulu :-)

    ReplyDelete