Mommy konon rehat la sambil hadap blog, akhirnya terlena. Tak lama pon tertidur. Bila terjaga, mommy terus cari kelibat anak-anak. Biasa dah mommy terlena macam ni. Asal terpejam je mesti anak-anak akan kejut.
Pelik jugak tak nampak Anis Insyirah.
"Adik mana?", mommy tanya Adam Rayyan.
"Adik makan.", jawab Adam Rayyan sambil memandang ke arah Anis Insyirah.
Huh makan apa pulak? Mommy terus bangun dapatkan anis Insyirah. See, dia makan mee sanggul mentah. Berjaya dia buka plastik mee sanggul.
Lapar la tu ye. Mommy pon berketung ketang di dapur. First time nak masak mee sanggul ni. Selalu makan mak masak je.
Jadi lah ye simple begini untuk percubaan. Hahaha mee sanggul bujang ni.
Berselera je anak seorang ni makan. Adam Rayyan dah tidur masa ni.
Malam ni mommy nak try masak mee sanggul sekali lagi. Kali ni mommy masukkan kentang sekali.
Menarik la berbanding petang tadi. Mommy pon rasa yang ni lagi sedap. Bau macam masak megi pon ada. Kekeke
Habis depa makan berdua. Sedap la tu. :p
*tajuk bukan main
sedapnye mee sanggul irra masak :)
ReplyDeleteBetul,
Deletemacam sedap.
wah2 ~ Anis Insyirah tu.... lapar lettew.. selera dia mkan kan... alhamdulillah
ReplyDeleteTiba-tiba terasa lapar lak tengok mi sanggul Irra ni :)
ReplyDeletehahahaha pandai si Anis yer..
ReplyDeletetak pernah makan mee sanggul..hahah... nampak sedap...
ReplyDeletesis JM x pernah masak mee sanggul..sedap lah tu..beriya 2 org tu mkn
ReplyDelete