MommyBlogger Bukan Sekadar Blogger



Mommy Irra berasal dari Kedah dan kini menetap di Bandar Bukit Raja, Klang. Berumur 28 tahun dan mempunyai dua orang cahaya mata; Adam Rayyan dan Anis Insyirah.

Sejak berkahwin 12-12-2010 mommy Irra tak bekerja tetap. Sebelum kahwin mommy Irra sempat 9 bulan menjadi programmer. Pada malam hari dan hujung minggu menjadi cikgu home tuisyen atau di Pusat Tuisyen Alam Megah.

Setelah berkahwin, mommy terus pregnant dan menjadi cikgu tuisyen sahaja. Bila dah ada Adam Rayyan, daddy jadi baby sitter tatkala mommy ada kelas. Kelas seminggu 2-3 kali sahaja. 

Mommy berhenti mengajar tuisyen sebab mengandung lagi. Tapi sambung berbisnes di rumah. Kadang-kadang berniaga offline dengan membuka booth. Semangat waja sungguh berniaga sambil menjaga Adam Rayyan dan sarat mengandung.

Mommy berhenti bisnes selepas bersalin. Anis Insyirah pula ada ekzema. So mommy duduk rumah jaga hero dan heroin. Itu pon sangat mencabar! Sapa yang ada anak yang mengalami ekzema akan memahami.

Anis Insyirah 11 bulan baru bebas dari kulit berdarah. Masih ada alergik tetapi kulit dia dah kuat. Tak berair dan berdarah lagi. Sekadar naik rashes atau ruam kecil kerana terlampau berpeluh atau alergik.

Mommy kena buat sesuatu. Harapkan daddyG seorang memang la lepas semua keperluan harian. Mommy ada degree computer science. Mak dan abah tak pernah berhenti bertanya pasal kerja.

Mommy perlu bekerja. Mommy perlu punya income bulanan yang tetap. Mommy nak buat apa? Berbisnes kembali? Masa ni tak rasa nak menyambung bisnes. Sebenarnya bukan menyambung. Malah mommy kena bermula dari A. Maybe belum tiba masanya. 

Mommy nak buat blog. Nak bagitahu semua orang pasal ekzema. Cegah ekzema melalui gaya pemakanan harian sejak dari dalam kandungan ibu. Kenapa mommy kata ekzema datang dari pemakanan? 

Pertama: tak ada lagi ahli keluarga kena ekzema sejak baby. Anis Insyirah merupakan cucu pertama yang kena ekzema. Kedua: Adam Rayyan tak ada ekzema. So, ada possibility anak tidak ada ekzema. Ketiga: mommy tak tahu pasal makanan yang boleh meningkatkan alergik. Dan mommy makan dengan banyaknya makanan yang boleh meningkatkan alergik tu semasa mengandung. Yang menanggungnya adalah Anis Insyirah dan mommy sendiri.

Mommy taknak orang lain merasa benda yang sama. Apa yang mommy share nak ikut, ikut lah. Tak nak ikut apa boleh buat. Mommy cuma menyampaikan sahaja. Bila sekali anak kena ekzema, dah tak boleh nak ulang semula masa. Kena menghadapinya dan tak tahu bila penghujungnya.

Mommy preggy lagi! Takut nak beranak dah tak ada. Takut ekzema! Ya takut! Cukup lah sekali dan mommy sentiasa berdoa ekzema itu terus lesap. Cepat la immune sistem tubuh Anis Insyirah menjadi kuat dan melawan segala anasir luar.

Hari ini genap 5 bulan 25 hari mommy berblogging. Cerita pasal ekzema pon dah tak banyak. Ya la kan, anak dah baik. Kisah pasal gaya pemakanan yang sihat dan baby dalam kandungan pula. Tapi mommy nak kena juga ulang-ulang cerita pasal ekzema. Boleh mengingatkan diri sendiri tatkala melayan Anis Insyirah yang kegatalan. Sebab mommy pernah lalui saat yang lebih teruk dari itu. 

Hari demi hari pengunjung blog irrayyan.com makin bertambah. Mommy dah mula berbisnes kecil-kecilan. Daripada iklan di blog. Kemudian review produk di blog. Mommy memulakan bisnes kelambu. Dan menjual foundation tanpa silikon. Semua produk yang mommy laburkan mempunyai alasan tersendiri.

Iklan di blog irrayyan.com di bahagian kotak-kotak buat masa ini hanya RM10/sebulan. Mommy akan berikan iklan percuma selama seminggu. Kalau semua orang perasan ada 5 kotak iklan sahaja. Kalau letak banyak-banyak serabut blog mommy. Yang menarik di sini, sesiapa pon yang masuk ke blog mommy sama ada melalui web version atau mobile version akan nampak iklan tersebut. Sesiapa berminat boleh la menyatakan hasrat hati anda di iklan@irrayyan.com.

Review produk atau perniagaan pula, setiap entry review ini akan hidup di blog selagi irrayyan.com bernyawa. Kadar bayaran untuk review mommy cerita bila anda berminat nak buat review. Bayaran bergantung kepada traffic blog mommy juga. Kelebihan di sini, setiap review mommy akan keluarkan Hot Iklan di setiap entry. Contoh seperti di bawah. Setiap hari mommy akan update blog. Jadi setiap hari akan ada potential customer yang membaca review mengenai produk anda. Haa menarik kan? Jom cepat-cepat emailkan kepada iklan@irrayyan.com


Mommy menjual kelambu kerana mommy benci nyamuk menggigit anak-anak mommy. Mommy sendiri tak dapat tidur lena bila dengar bunyi nyamuk. Memang cari nyamuk tu sampai jumpa baru lena tidur. Kelambu la penyelamat walaupun ada juga nyamuk tu berjaya menggigit anak-anak mommy. Lagi satu Selangor mencatat jumlah demam denggi yang tinggi. Betapa bahayanya nyamuk ni. So cegah denggi dengan tidur berkelambu moden yang sangat selesa. Tak akan rasa lemas okey.

Mommy menjual foundation bila mendapati AWRA foundation bukan sekadar foundation. Malah boleh merawat kulit muka. Yang penting bebas silikon, dalam erti kata lain mudah nak mencuci dan memastikan muka di cuci dengan sebersihnya. Kalau sebelum ni apa-apa foundation yang mommy pakai, dah basuh dengan pencuci muka, bila di lap dengan kain masih ada lagi kesan foundation. Bila dah jumpa AWRA Foundation AF ni rasa puas hati guna. Baru lagi mommy guna. Nak tengok kesan rawatan muka pula. Dah banyak jururawat bertenggek sejak preggy ni. Memang mommy punya kulit akan naik jerawat sana sini masa preggy. Tunggu nak dekat bersalin nanti lagi meriah dia naik.

Haaaa panjang mommy membebel. Semalam dan hari ni mommy tinggal tiga beranak je. Kami tak ada pergi ke mana. Anak-anak baik dok main berdua. Mommy pula as usual berbaring. Siap satu entry! Mommy Irra bukan sekadar blogger. #KelabBloggerBenAshaari


9 comments:

  1. teruskan mummy irrayyan.
    mmg rmai yg xtau psl ekzema nie..kne ada org yg war-war pada para ibu mngandung

    ReplyDelete
  2. nk bce lah entry psl eczema tu...sb ad bb yg kne (umh pengasuh)

    ReplyDelete
  3. Lebih byk kenal irra dgn entry ni :)

    ReplyDelete
  4. Semoga Mommy Irra akan teruskan perkongsian tentang ekzema. Tak ramai yang ada kesedaran tentang ekzema termasuklah saya....mencegah lebih baik daripada mengubati kan..

    ReplyDelete
  5. Ini lah mommy Irra rupanya
    Eczema pernah doc ckp dulu
    Eczema dan lelah ni geng kalu dlm keturunan ada yg ada lelah besar kemungkinan ada juga yg akak ada eczema. Apa pun mencegah lebih baik kan..terus kan berkongsi mommy Ira..

    ReplyDelete
  6. semoga irra success x kira apa bidang di di ceburi ye

    ReplyDelete
  7. salam mummy ira kami pun orang kedah jugak tapi bertemu jodoh dengan orang ipoh tapi kebetulan bekerja di sungai petani. jadi tak ada rezeki lagi nak keluar dari kedah :) semoga lepas ni kami ada rezeki merantau macam amp jugak nnt satu hari. insyaallah

    ReplyDelete