"Adam Rayyan dah boleh bercakap?"
Pening kepala mommy. Nurse dekat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak kata tak apa. Ada anak yang lambat bercakap. Kawan-kawan baik pon kata tak apa. Ada je anak-anak kawan mereka yang lambat bercakap.
Ni la masalah bila dok compare Adam Rayyan dengan anak-anak yang sebaya dengannya. Atau membandingkan Adam Rayyan dengan saudaranya yang lain.
Mommy pon nak buat macam mana. Mommy ni jenis banyak cakap kot. Takkan mommy tak bercakap dengan anak? Pelik.
Mommy daddy siap buat appointment dengan pakar. Tapi elok je Adam Rayyan hampir genap 2 tahun, dia mula bercakap.
Adam Rayyan mula panggil mommy dengan panggilan "Ta". Daddy pula di panggil "Da". Panggilan daddy tak lari jauh la dengan panggilan mommy. Mai mana ta tu?
Adam Rayyan menunjukkan perubahan hari demi hari sehingga sekarang Adam Rayyan dah 3 tahun 3 bulan 13 hari.
Ayat terbaru hari ini adalah.
"Mommy!"
"Ya."
"Alaaaa hujan". Macam hujan tu memberi masalah kepada Adam Rayyan gayanya. Ha ha ha.
Dan sehingga ke hari ini. Walaupun Adam Rayyan dah panggil "mommy", kadang-kadang dia masih memanggil mommy "Ta". Huhuhu Adam Rayyan, mommy bukan Che Ta laaaa...
kehkehkeh mama ta!
ReplyDeletekiranya skerang ni adam rayyan dah petah bercakap lah ye alhamdulillah
ReplyDeleteanak baut sis JM pun lambat boleh bercakap almost 3 thn jugkak usianya...maybe sbb dari kecil ibu nya bagi main gadjet je
xpelah..sll lah borak dgn dia... sll.perhati perkembangan dia..klo nmpk jauh sgt beza better bwk p jupa pakar sblm tlmbt..
ReplyDeletelaa ingatkan kenape la che ta nye..hahah... adam adam..hihi.. adik anis yg lelaki pon dulu lambat bercakap..huhu
ReplyDelete