Main berguling di lantai klinik


Hari Ahad hari tu kan mommy Irra g checkup baby and mommy kat Klinik Dunia Medik, Seksyen 23 Shah Alam. Mommy masa tu tak larat nak melayan Adam Rayyan dan Anis Insyirah bermain. So mommy biar je mereka main.

Gambar satu pon tak ada. Haa selalu mommy la cepat bab snap gambar anak-anak. Mood ke laut hari tu. 

Mula-mula mereka main dalam kawasan kanak-kanak bermain. Mommy join lepak dalam tu sekali sebab tempat duduk dah penuh. Hurmm ramai orang hari ni. 

Bila mereka dah mula bosan, mereka keluar dari kawasan kanak-kanak bermain tu. Berjalan ke sana-sini. Sekejap tarik itu ini. Mommy jerit je kat daddyG suruh tengokkan Anis Insyirah. 

Main sakan la. Dia tak tahu dia ada ekzema tu. Mommy daddy yang tahu kenapa tak selamatkan anak itu? Hurmmm budak dah dapat kaki dan reti bermain, mana nak duduk diam. Dia menegur orang sana sini. 

Hasilnya, belum lagi sampai di rumah, dia dah kegatalan. Menggaru sana sini. Badan dan pakaian dah tercemar. So nak tak nak kena tunggu balik rumah baru boleh mandikan.

Malam tu si kecil ni tidur tak lena lah. Dia gatal di semua pelipat, dahi dan hidung. Dia tenyeh hidung kat baju mommy. Mari kita tengok kesan gegatal itu. 

Keesokkan paginya. Tinggal parut lah. Camana nak bagi tak garu kalau dah gatal. 


Bila eh gegatal tu nak hilang? Apa yang korang faham tentang ekzema? Alergik?


Ini yang terbaru pagi ini. Masih lagi tidur.


Kadar alergik dalam badan Anis Insyirah dah tak tinggi. Cuma tunggu immune sistem tubuh dia kuat iaitu bila dia dah masuk 2 tahun. 


Dengan alergik yg masih ada dan sistem immune tubuh yang tidak stabil, badan tidak dapat melawan bendasing. Tu yang masih ada kesan rangsangan. Tapi mommy dah tak risau sangat dah. Jauh berbeza semasa ekzema meradang dahulu. 

11 comments:

  1. Assalam irra,
    my fayyadh pun eczema
    tapi masa baby jer
    sampai tahat kat pelipat telinga tu berdarah & merekah tau
    sedeh sesangat time tu
    tapi ALhamdulillah dah mula kurang sangat2 eczema masa umur 7-8bln tu
    sekarang ada sikit2 ja
    kalo kena gigit nyamuk tu konpem kena boh krim cecepat, takut merebak
    nanti dah besor sikit insyaAllah rayyan will get better AMIN

    ReplyDelete
  2. Assalam irra,
    eh3 silap3 ingatkan rayyan rupanya insyirah :)

    ReplyDelete
  3. semoga adik insyirah baik2 shje kelk..

    ReplyDelete
  4. Yg ni dah kira ok la...perjlnn sue masih jauh lg...

    ReplyDelete
  5. siannya tengok...kulit baby lembut cepat baik biasanya ....

    ReplyDelete
  6. aktif sungguh anis nie.. hihi.. takpe anis kuat nanti tu mommy.. :) geram tgk bulu mata..huhu

    ReplyDelete
  7. guling-guling atas lantai klinik..sama jer dgn perangai anak akak..hehehe

    ReplyDelete
  8. eczema akn auto hilang ikut hormon tubuh.. insyaAllah pulih cepat nnt tu..

    ReplyDelete