i-City Shah Alam 2010


Ini kenangan mommy Irra di i-City Shah Alam tahun 2010. Gambar berbokeh lagi. Member seorang ni suka ambil gambar bokeh-bokeh. Boleh la berangan jadi model kejap. Muahahaha.


Berbeza i-City 2010 dan i-City 2014. Dulu kami masuk free je. Sekarang parking pon kena bayar. Tapi ada ke benda free je sekarang ni? Masuk tandas pon kena bayar. So kalau taknak bayar parking pergi la lepak kat tempat lain. 


Dulu orang ramai tapi okey la. Sekarang orang bertambah-tambah ramai dan serabut sangat. Nak ambil gambar pon tak ada mood dah. 

Yo lah. Masa ni single. Sekarang anak dah dua orang siap ada seorang lagi dalam perut. Mana menyempat nak kawal anak-anak dan ambil gambar.


Dulu tak ada apa-apa pon mainan. Datang melawat lampu-lampu yang cantik dan mengujakan. Sekarang mainan bersepah. Budak-budak datang nak main. Termasuk la Adam Rayyan. Sorry sayang, awak tu baru 3 tahun. Tunggu besar sikit dan cukup tinggi nak main ye.


Bila orang dah ramai, suasana jadi bising.  Nak relax atau tenang-tenang memang bukan tempatnya lah. Sila pergi taman ye! Heee


i-City berubah atau mommy yang dah berubah? Bila dah berusia, tak minat dah hiburan-hiburan ni. Penat oi berjalan dengan big tummy. Orang lain jalan seorang je. 

i-City pon banyak sangat berubah. Kesian dekat orang-orang tua nak berjalan jauh. Capek! Tapi bagi yang tak pernah datang dan bagi kanak-kanak, pasti tempat ini sangat mengujakan. Mommy dah berapa kali datang, pasti dah bosan walaupon banyak perubahan.  

3 comments:

  1. anis sekali pon xpernah pergi.. hihi.. gambar last tu comel..hihi

    ReplyDelete
  2. X pernah p pun. Hubby kata membazir..hihu..

    ReplyDelete
  3. Assalam sis,
    iols tak pernah sampai situ sob3

    ReplyDelete