Hujan juga akhirnya


Bandar Bukit Raja; Semalam mendung macam nak hujan. Rasa dah rintik-rintik air, tapi tak hujan.

Hari ni pon mendung dan guruh. Hujan 5 minit sahaja tengahari tadi.

Petang tadi bawa Anis Insyirah main di luar sebab cuaca mendung. Kebiasaannya panas. Nak keluar rumah pon malas. Kesian kat Anis Insyirah yang bosan sebab abangnya tidur. Pukul 4.30 petang kami dah masuk. 


Lebih kurang pukul 5 hujan. Hujan sehingga sekarang, 5:45. Alhamdulillah.


Beberapa hari lepas panas teramat sangat. Jiran-jiran pon mengadu hal yang sama. 

"Tak boleh tak pasang aircond.", kata jiran yang baru pertama kali berbual semalam. Untung la ada aircond. Kita ada kipas sahaja. Alhamdulillah. Syukur ada juga kipas ye.

"Bilik Acik Mee ada kipas je. Berpeluh-peluh.". Acik Mee, jiran sebelah kami pon mengalami perkara yang serupa.

Malam ni sedap la kita tidur ye. Sejuk sikit.

3 comments:

  1. Kat Seremban ni kak, petang je hujan lebat. hehe

    ReplyDelete
  2. kat tempat anis hari2 hujan.. baju pon xkering2..huhu

    ReplyDelete
  3. 2-3 hari ni hujan..byk byk di jemuran x kering dan alhamdulillah hari ni 9 nov..cuaca panas :-) Alhamdulillah

    ReplyDelete