Gula dan Diabetes


Sedih bila dengar Astro Awani membincangkan perihal gula dan diabetes. Di jangka tahun 2020, nisbah penduduk Malaysia yang akan mempunyai diabetes adalah 4:1. Dalam erti kata lain, dalam 5 orang penduduk malaysia, seorang dari mereka akan menghidap diabetes.


Kajian tersebut dibuat berdasarkan pengambilan gula sebanyak 26 sudu setiap hari bagi setiap orang pada masa ini. Sepatutnya pengambilan gula setiap hari adalah 5 sudu sahaja.

Pada pandangan mommy sendiri, kenapa kita merangka masa depan yang teruk. Bayangkan dalam setiap keluarga akan ada seorang penghidap diabetes. Cuba bayangkan lagi ada ahli keluarga anda terpaksa dipotong kakinya kerana diabetes. Aduhhh

Kenapa tidak pihak yang bertanggungjawab dan pihak berkuasa membetulkan keadaan sekarang ini? Tak perlu berkempen bagai. Tak guna berkempen ajak ke arah kebaikan tetapi berlambak iklan produk yang tidak sihat. Hanya hentikan pengeluaran makanan yang tidak sihat seperti air tin, keropok, ajinamoto dan sebagainya. Hentikan juga iklan-iklan makanan yang tidak sihat itu.

Semua orang berusaha mencari wang tanpa memikirkan kesihatan generasi kita pada masa akan datang. Di sini menjual makanan yang mendatangkan penyakit dan di sana menjual supplemen untuk kesihatan. Badan pon pening nak proses makanan tidak sihat dan makanan sihat. Apa kata anda memberi jalan mudah kepada buah pinggang anda dengan mengamalkan pemakanan yang sihat?

Cuba fikir ya, selagi ada pengeluaran, selagi itu akan ada pembeli. Tambahan pulak kanak-kanak diekspoitasi dengan iklan-iklan yang menarik. Mereka hanya tahu "jajan" itu sedap. Mereka tak tahu bahawa suatu hari nanti mereka akan menjadi salah seorang penghidap diabetes. 


Maka antara yang memainkan peranan penting sekarang ini adalah media massa. Iklan merupakan kempen yang berjaya. Hebatnya iklan memanipulasikan bahawa mona sodium glutamat(msg) atau ajinamoto merupakan penyedap makanan. Padahal penyedap itu adalah racun bahaya yang kita tak nampak. 


Ibu bapa dan juga penjaga kanak-kanak sama ada pengasuh atau cikgu taska juga perlu memainkan peranan yang besar kerana mereka merupakan pengaruh kuat kepada anak-anak ini. Apa yang harus mereka buat?
  • tidak menjadikan "jajan" atau makanan tidak sihat sebagai makanan harian
  • tidak menjadikan "jajan" atau makanan tidak sihat untuk memujuk
  • tidak mula mengamalkan maka anak-anak itu tidak akan reti meminta
  • sentiasa memberitahu bahawa "jajan" atau makanan tidak sihat tu tidak baik untuk kesihatan pada masa akan datang. Dan sentiasa berulang kali memberitahu supaya mereka ingat dan memahaminya suatu hari nanti.
  • kurangkan manis dalam makanan dan minuman
  • menghadkan pengambilan "jajan" atau makanan tidak sihat

Mommy sedih sungguh. Mommy akui bukan mudah untuk tidak mengambil gula dalam pemakanan harian. Kalau tak ada manis, tak cukup lah rencah kehidupan kita. Maka mommy menggunakan gula organik. Pengambilan gula organik juga masih di kawal. 

Mommy dah buat kempen mengamalkan gaya pemakanan sihat sejak mula berblogging. Memang itu hasrat mommy. Dan itu sahaja yang mommy mampu bantu. Mommy tak sanggup melihat penderitaan kerana pengambilan gula berlebihan dan amalan gaya pemakanan yang tidak sihat.


Mommy bukan hanya berkempen gaya pemakanan sihat kepada ibu mengandung atau mereka yang mempunyai anak ekzema sahaja. Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Sebagaimana kerajaan sangat mengambil berat terhadap ibu mengandung yang menghidap diabetes, maka rakyat yang lain juga perlukan perhatian anda.

Wahai pembaca blog mommy sekalian, anda harus berubah! Mulakannya sekarang! 


3 comments:

  1. we ara what we eat. anak2 mmg penting parents kene pantau mknn mereka. ada byk cara nk ganti guna gula. mkn buah lg berkhasiat. minuman manis ganti guna stevia je.

    ReplyDelete