Gas masak habis!


Mommy punya mood memang ke laut hari ni dari pagi lagi. So tengahari tadi pon tak makan nasi. Semua makan roti gardenia sahaja. 

Mommy buat apa sahaja hari ni? 

Haaa dok kelebek hadiah daddyG bagi. Hari tu akak JM tanya kelebek tu apa. He he he kelebek tu bersamaan belek. Tapi tak lama pon. Anis Insyirah mengacau. 

Hadiah apa tu sebenarnya? Kenapa mommy Irra nak sorok sangat ni? Bukan nak sorok sangat pon. Mommy kena guna dulu sampai terer. Pastu baru boleh senang nak cerita pasal hadiah tu. 

Hari ni rumah pon tak kemas. Tengok je anak-anak bertuah tu kenjah kan rumah. Sepah teruk wei. Melekit habis lantai dari ruang tamu sampai ke dapur. Apa la mereka buat. Mommy buat tak tau je. Tengok sakit hati. So mommy tenangkan hati dulu. Ha ha ha

Petang pukul 4:30 baru mommy masak nasi. Pukul 5 mommy goreng ayam seketul. Cukup la makan bertiga mommy, Adam Rayyan dan Anis Insyirah.

Sekali pergi tengok ayam atas dapur, api mengecil dan semakin mengecil. Wahh bila perutku lapar, gas habis! 

Bengang! Sakit hati! Arghhhh semua rasa ada. Gas spare pon tak ada. Mommy pergi minta nombor fon gas dengan CikMee. Sementara tu Adam Rayyan dan Anis Insyirah keluar main di luar. Mommy siap mangga pagar. Keselamatan perlu di jaga. 

Mommy call la orang gas tu. 20 minit lagi katanya. Sementara tu mommy kemas rumah. Kunci grill sebab tak nak Anis Insyirah kacau. 

Mereka berdua main di luar, mommy mengemas rumah. Tak berapa lama, dengar pula bunyi lori gas. 

Kat kawasan sini memang lori gas akan lalu. Cuma tak tahu jam berapa lori akan lalu. Mommy tadi sebab dah lapar sangat terus cari nombor fon orang hantar gas.

Panjangnya mommy bebel

Dalam rumah ni ada tong gas kosong kaler kuning. Mommy keluarkan tong gas kosong tu. Beli la satu tong gas dengan lori gas. Tong gas mommy kaler hijau nanti beli dengan orang yang mommy dah call tadi buat spare.


Sekarang dah pukul 7:55 malam. Orang tu tak datang pon. Haa kalau mommy dok tunggu orang gas tu datang, gamaknya dah jadi naga mommy irra ni. Hehehe

Elok lah kiranya menyediakan payung sebelum hujan. Tak ada lah kelam kabut. 

Hoi sakan mommy membebel dalam entry ni. Jangan bosan eh. Sesekali bercerita panjang lebar. Hohoho

4 comments:

  1. Sadisnya kan bila gas habis tatkala perut tengah berkeroncong mintak diisi...huhuhh

    ReplyDelete
  2. Huhuhu naga sekali ngan api la ya Mommy hehhee

    ReplyDelete
  3. lamanya tunggu GAS...mmg kelaparan lah..pesal servis lembab sgt eh

    ReplyDelete