Tengok kucing ni layan je semasa di urut, fuhh jeles kan. Hari Ahad lepas mommy pergi berurut dengan KakWal. Dulu-dulu berurut dengan KakWal lah. Senang sebab KakWal duduk kat blok sebelah-sebelah tu je.
Lagipon dah lebih setengah tahun tak jumpa KakWal. Almaklum keduanya sibuk belaka. KakWal ni asal Indonesia. Tapi kan dia baek bangat. Dia buat mommy Irra macam adik sendiri. Seronok lagi sebab bila dia mengatik(selawat) tu sedap yang amat.
Mak pesan, jangan terlalu baik sangat dengan orang. Okey okey. Baik tapi tak ada lah meletakkan 100% kepercayaan.
Pregnant kali ni kakwal kata mommy irra nampak sihat dan badan tak mengembang macam sebelum ni. Haaa tu yang nak dengar. Kalau daddyG, baru preggy je dah kata mommy jalan macam penguin. Tu masa second pregnancy. Tak baik tauu. Kali ni tak dengar lagi "penguin" tu. Heee
Boleh ke berurut semasa mengandung ni? Haa boleh je sebenarnya. Pengamal osteopath ada kata "Can, but not so good.". Sekali sekala ok lah kan.
Apakah manfaat yang diperoleh ketika berurut?
Daripada blog drzubaidi.com rawatan urutan memberi banyak manfaat:
Dengan berurut akan mengurangkan kepekatan norepinephrine dan cortisol yang menyebabkan tubuh rasa stress. Stress adalah penyebab ibu hamil berasa penat dan tidak bertenaga. Stress juga menjadikan ibu hamil cepat marah, berputus asa dan rasa tertekan.
Dengan berurut juga, hormon dopamine dan serotonin akan meningkat. Hormon ini akan menyebabkan tubuh lebih bersemangat dan berasa lebih tenang. Hormon ini juga akan mengurangkan masalah ketika proses melahirkan baby.
Berurut akan mengurangkan kesakitan dan memperbaiki sistem imuniti melawan jangkitan kuman dan virus. Ia juga boleh mengurangkan bengkak pada sendi dan tubuh. Selain itu berurut dapat membuatkan mommy tidur lebih nyenyak.
Berurut juga boleh mengurangkan sakit pada pinggang belakang tanpa perlu mengambil ubat tahan sakit.
Ada juga wanita yang tidak digalakkan berurut ketika hamil iaitu:
-kehamilan bersama penyakit hypertension dan Preecclampsia
-pernah mengalami kelahiran pramatang
-pernah keguguran
-kehamilan kurang dari 12 minggu
So di sini mommy dapat simpulkan, berurut banyak memberi manfaat jika kita berurut dengan pengurut yang bertauliah dan berpengalaman.
yes. kena tukang urut yg bertauliah. jgn main tadah je badan kita kat sapa sapa takut kang tergeliat urat.
ReplyDeletehuhu
*geli org urut kaki
mak anis pon penah kena bebel dengan arwah wan anis dulu.. jgn percaya sgt org urut2 nie.. buat biase2 je..huhu.. mungkin ade sebabnye kan..
ReplyDeletesy pnh urut bahagian bontot ke bwh masa usia kandungan 2 bulan sebabnya pinggul tetibe skt, bila berdiri xblh nak bgerak.bila duduk rsa nk tcabut tulang kalo nak bgn
ReplyDeletesedapnye kena urut.. hehe
ReplyDeleteSaya pun masa hamil kedua2 anak berurut tapi dengan bidan yang urut saya berpantang tu juga. Jadi dia tahu lah macam mana nak urut. Yang bestnye, sebelah rumah je bidan ni. hehehe
ReplyDeletesetahu sis JM mengurut selepas bersalin je
ReplyDelete