22 Weeks Pregnant


Pada minggu 22, baby menyerang ruang mommy. Bila baby gerak-gerak tu boleh menyebabkan mommy sukar bernafas(kepenatan) dan mommy mengalami sakit belakang atau sakit pinggang.

Baby makin membesar dengan pesat dan jayanya menyebabkan perut mommy mengembang dengan banyak. Mungkin mommy akan mempunyai beberapa kesan regangan. Kesan regangan(stretch mark) akan pudar dan hilang setelah bersalin.

Sesetengah mommy mempunyai peningkatan nafsu berahi ketika ini. 


Baby sekarang adalah saiz betik!
Pada bulan ke lima, janin rata berukuran sekitar 10.5 - 11.8 inci (27cm-30cm) dan berat kira-kira 12.7-20.8 auns (360g-590g).

Gejala kehamilan pada 22 minggu
  1. Meningkatkan nafsu berahi.
  2. Stretch mark 
  3. Lebih banyak keputihan, akibat aliran darah yang meningkat di bawah sana.
  4. Berat badan stabil - naik kira-kira 500g setiap minggu.
  5. Bengkak kecil pada tangan dan kaki mommy.
  6. Sakit belakang, kerana tekanan tambahan dari baby dan mommy membawa berat tambahan.
  7. Pertumbuhan rambut (mungkin di tempat-tempat yang aneh - maaf). 
  8. Kesulitan bernafas kerana baby terus mendesak paru-paru.
Progress mommy irra
  • Penat macam biasa lah sebab masih perlu mendukung Anis Insyirah
  • Senak perut bila duduk sebab perut dah menekan atas dan bawah. Tak boleh duduk lama-lama.
  • Sakit-sakit badan pon biasalah kalau buat kerja banyak sangat. 
  • Stretch mark pon confirm lah ada. Ha ha ha anak ketiga dah pon. Tak sempat nak hilang dah beranak pulak.
  • Nafsu ada tapi badan tak larat. :p
  • Keputihan pon kadang-kadang lebih.
  • Berat badan tak tahu. Tak timbang lagi.
  • Bengkak-bengkak tak ada. Preggy kali ni mommy tak mengembang sangat rasanya.

9 comments: