Penghujung September, 30/09/2014, jam 9 malam mommy dah boleh rehat. Menu hari ini adalah nasi + keropok keping + salad. Bertuah mommy irra dapat daddyG yang simple dan sempoi je bab makan.
Mommy irra punya special ada lada potong! Marvelous lah layan pedas-pedas. Simple-simple pon cukup zat hidangan ini.
Selesai makan, mommy naik rehat kat atas. Adam Rayyan dan Anis Insyirah main dengan daddy di bawah. Tak sampai setengah jam, daddyG bawa naik Anis Insyirah. Asyik berbunyi katanya.
Dalam masa 5 minit sahaja, Anis Insyirah dah tidur. Mommy pon penat teramat sangat. Nak layan blog or whatsapp dah tak larat.
Pukul 11 Anis Insyirah terjaga. Adam Rayyan dan daddy dah tidur masa ni. Mommy rasa baru sangat terlena dah terjaga dengar adik nangis. Adoii tak berhenti-henti berbunyi. Nak apa adik ni?
11:30 mommy ajak daddy bawa Anis Insyirah turun makan. Layan dia makan, tukar pampers dan baju kemudian naik atas semula. Ingat kan dah boleh sambung tidur. Dia bunyi sampai 01:30 pagi.
Buat perangai cantik di awal Oktober ni kenapa sayang? Comel sangat la perangai awak tu. Please... mommy awak ni dah la tak suka bunyi merengek dan tangisan ni.
Semua ibu di dunia memang dilahirkan dengan sifat penyabar. Sabar melayan kerenah anak yang macam-macam. Walaupon kadang-kadang terlepas jugak geram tu kan. Tapi sayang yang amat kat anak yang 9 bulan 10 hari kita kandung. Sayang amat sangat kat anak yang kita susah payah push di bilik bersalin. Sayang yang amat sangat kat anak hasil benih CINTA ngan encik suami.
Kepada yang sanggup buat bukan-bukan sehingga mencederakan anak-anak tu, semoga mereka insaf dan kembali ke pangkal jalan. Anak-anak kecil itu penghuni syurga dan tiada dosa. Kasihani lah mereka.
SALAM OKTOBER !
Semoga bulan ini lebih baik dari bulan September.
Betul irra. Lg2 irra yg pregnant ni kene byk2 be bersabar^^
ReplyDeleteHehe, macam2 kan kerenah anak. tapi bila membesar depan mata kita memang seronok rasanya. Banyak2 bersabar eh
ReplyDeletesalams pagi khamis mmomma:)
ReplyDeletekesian kak ira.. letih ye... saba ye.. :)
ReplyDeleteteringin tau nak rasa jadi mommy.... semoga mommy terus bersabar dengan kerenah adik dan abang ye .. ehh tak lama lagi adik nak jadi kakak dah... hehe... semoga cepat besar adam & anis :) aunty sha lepyuolll
ReplyDeletesabar ye irra..itulah kerenah anak2
ReplyDelete