Kehamilan mommy: Minggu 17
Semasa hamil, aliran darah mommy akan meningkat. Aliran darah yang meningkat adalah baik untuk bayi. Namun ia mungkin membuat mommy sedikit lembap kerana rembesan badan (berfikir, berpeluh, berhingus, hidung berdarah, dan keputihan) bekerja sepenuhnya.
Minggu ini juga mungkin menandakan kali pertama mommy merasakan langkah bayi, tetapi jangan bimbang jika tidak merasai apa-apa. Ini kerana pergerakan bayi akan dirasai dalam usia kandungan 16-24minggu.
Bayi kini bersaiz bawang!
saiz baby 17 minggu |
Rangka bayi sedang berubah dari tulang rawan bergetah menjadi tulang, dan lemak berkumpul di sekitarnya. Tali pusat semakin tebal dan kuat, dan jari kecil dan jari kaki kini menjadi sempurna.
BabyB sudah berusia 17 minggu. Mommy masih lagi loya. Sepatutnya 2nd trimester dah boleh hilang loya. So mommy boleh berharap bangun pagi esok loya itu hilang.
Mommy mudah penat. Mungkin sudah berusia. Yang pasti mommy penat menguruskan hero dan heroin. Macam-macam kerenah mereka. "Macam tu lah budak nak membesar".
Mommy punya penglihatan kabur. Ya Allah, sedih rasanya bila nikmat penglihatan ini ditarik. Bila mommy usulkan kepada doktor semasa first checkup tempoh hari, rupanya masalah penglihatan kabur ini ada kaitan dengan kehamilan. Doktor kata masalah penglihatan disebabkan oleh tekanan darah tinggi. Tapi mommy punya bacaan tekanan darah normal. So kita tunggu apa diagnose doktor nanti.
Ooooo....first pregnancy mommy sakit paha sehingga sakit apabila berjalan. Paha krem semasa dalam labour room. Second pregnancy mommy sakit pinggang sejak awal kehamilan. Rupanya third pregnancy simptom nya adalah masalah penglihatan.
Penat tak payah cakap la. Kalau tak preggy pon dah penat nak melayan anak-anak. Bila dah preggy ni, mommy sampai tertidur kepenatan.
Mommy masih tak rasa babyB bergerak. Excited sangat menunggu gerakan pertama babyB. he he he.
Mommy masih tak rasa babyB bergerak. Excited sangat menunggu gerakan pertama babyB. he he he.
Dugaan semasa kehamilan ... pengorbanan seorang ibu besar ganjarannya di sisi Allah s.w.t. Semoga Irra dipermudahkan urusan sepanjang kehamilan ini. Itulah namanya syurga di bawah telapak kaki ibu ...kan dear ?;)
ReplyDeletebesar pengorbanan ibu.. take care kak ira :)
ReplyDeleterajin mommy ira update status pasal kehamilan..seronok baca
ReplyDeletesemoga semuanya dipermudahkan mommy... semoga mommy sihat... babyB sihat.... aminnn !!
ReplyDelete