Mommy Rimas Anak Cium Perut


Hari-hari Adam Rayyan cium perut mommy sejak mommy daddy belum tahu mommy preggy. Mommy daddy tak tahu la kenapa Adam Rayyan suka sangat nak cium perut ni. Cium adik ke? Petanda adik perempuan kah? Sebab dulu Adam Rayyan suka cium perut mommy juga masa pregnant Anis Insyirah. Tapi dah sedahsyat sekarang lah.

Dalam sehari bukan sekali dua dia mencium perut mommy. Mommy tak terkira berapa kali dalam sehari tu. Kemudian kalau dia jenis lembut tak apa la. Ini mommy rimas dan kadang-kadang sampai sakit. Bila dah sakit, ia mendatangkan amarah.

Kesian Adam Rayyan kena marah. Hu hu hu

Adoi dia punya tak faham kerimasan mommy tu memang tak pernah nak terasa hati pon bila selalu kena marah. Tak faham atau buat-buat tak faham ni?

Nak bermanja? Haaa dari pagi sampai malam, dari Isnin hingga Ahad, tak ada public holiday, pon tak cukup masa nak bermanja dengan mommy ka? Kekekee

Esok-esok ni Adam Rayyan dah besar pon kena rapat ngan mommy tau. Kecil-kecil pantang tak nampak mommy dah mencari. 

Mommy bukan saja-saja nak marah tau. Mommy tak selesa. Rimas. Sikit-sikit tu takpe lah. I love you!

Ni macam suka je?Hehehe ni lakonan tu yg senyum tu.
link

6 comments:

  1. comel....kena rakam selalu buat kenangan:)

    ReplyDelete
  2. kena frame gambar nie kak ira.. biar jadi kenangan untuk adam nanti.. :)

    ReplyDelete
  3. rayyan sayang adik ye ....macam tu baru ensem kan rayyan ;)

    ReplyDelete
  4. sama la cn asyraf dulu..tapi dpt adik lelaki ngk

    ReplyDelete
  5. Adam macam tau2 jer nak dapat adik lagi ek?

    ReplyDelete