Kreatif bersama LEGO


Mommy belikan Adam Rayyan lego ni dah lama. Sebelum Adam Rayyan 3 tahun lagi. Masa tu Adam Rayyan tak reti pon nak main lego ni. Dia tau suruh mommy pasang block-block lego ni sahaja.

Mommy siap simpan la lego ni masuk stor. Sebab tak larat nak layan kehendak Adam Rayyan. Mommy pasang, dia buka. Lepas tu suruh mommy pasang semula. Mommy dah pasang, Adam Rayyan buka semula. Kemudian suruh mommy buat semula. Haa sekali dua tak apa lagi. Seharian macam tu, mommy sorok jela lego tu time dia tidur. 

Masa nak pindah randah baru ni, mommy kemas-kemas jumpa la si Adam Rayyan dengan mainan-mainan dia. Haaa yang gembira hati mommy, Adam Rayyan dah pandai cantum block lego. Macam-macam rupa jadi. 


Ini dah macam rupa dinasour. Adam Rayyan panggil "car" sebab ada tayar. 


"Ammi, car!", excited la Adam Rayyan tiap kali "car" dia menjadi. 


Menurun mommy jugak la tiap kali siap "car" bagi hint suruh mommy snap gambar "car" dia. Bijak. Bijak. Dapat la mommy buat entry LEGO ni.


Keluar rumah pon dia angkut semua naik kereta. Dok diam-diam pasang lego dia. 


Lepas tu siap termenung panjang. Mesti memikirkan kereta bagaimana yang dia nak cipta. Haha okey layankan aje sel-sel otak Adam Rayyan tengah berhubung!

9 comments:

  1. bagus LEGO ni buat otak kanak2 kreatif berfikir. mesti Adam Rayyan genius nanti. good boy !

    ReplyDelete
  2. hihi..comel je.. anis pon main lego mse kecik2.. mak kate anis sumbat dengan tanah liat.. hahah... buat kunun2 macam tekap bentuk biskut raya...hahah...

    ReplyDelete
  3. Seronok bila tgk anak2 sdg belajar

    ReplyDelete
  4. Anak su yg sulong suka main lego. Sbnrnya bagus tau main lego ni. Ajar ank kreatif dan berfikir.

    ReplyDelete
  5. Kreatifnya Adam...aunty pun tak terrer macam ni tau :-)

    ReplyDelete
  6. legooooooooooo !!! sha suka sangat main lego tau... tapi dulu legi kecik2... hihi

    ReplyDelete
  7. game lego ni boleh mengasah bakat dan minda

    ReplyDelete