Detik 12 Tengah Malam


Cerita ini seperti kisah cinderella. Hampir setiap hari, apabila hampir jam 12 tengah malam, anak dara mommy Irra akan mula meeeeeenangisss.

Seperti biasa, tips bayi berjaga dan menangis malam mommy guna. Tapi, malam tadi tak berjaya.

Anis Insyirah gatal. Muka dia kemerahan selepas makan nangka.


Mommy la teringin nak makan nangka. Tak beli banyak. 


Tengahari tu juga Anis Insyirah bantai makan kek aising. Sampai comot. Tak ada pula mommy snap gambar.


Birthday anak jiran hari ni. Mereka sambut semalam sempena cuti deepavali.


Jiran siap bagi nasi Ayam. Yummylicious! Sedap yang amat sangat. Nanti mommy nak minta resepi.


Malang si kecil yang darahnya asidic memakan banyak makanan asidic. Mengundang kegatalan yang amat sangat! 

Tak ada jugak gambar masa mata bengkak tu. Sebab Anis Insyirah menangis dan menggaru. Mommy nak kena kawal tangan dia dari menggaru. Mata dah merah. Bengkak. Dan pakej menangis sekali. 

Akhirnya, si putera raja datang membantu! Eh? Mana datang putera raja. Si fyna tu je ada putera raja. Fyna mana? Alaaa blogger tuuu.. Boleh tengok sini: http://youtu.be/2n0YbOqIxFc

Akhirnya mommy bedung Anis Insyirah. Masuk dalam buai. Berzikir munajat sehingga Anis Insyirah berhenti menangis dan tertidur.


Bedung begini, apabila dia memusingkan badannya sekuat mana sekali pon, tak kan terurai kain itu. Kasihan anak mommy. Tapi lagi kasihan dia menggaru, menangis dan tak dapat tidur.


Selepas sejam Anis Insyirah menangis lagi. Mommy hanya berzikir munajat sambil menghenjut buaian sehingga Anis Insyirah tertidur semula. 

Biar la suara tak sedap pun. Tapi anak-anak tidur dengar suara mommy. Ha ha ha.

Muka yang merah-merah dah hilang. Mata yang bengkak pon dah kurang. Pukul 5 pagi baru angkat tidurkan di atas tilam. Sekarang 8 pagi masih tidur.

Semoga detik 12 malam ini berakhir segera. Semoga Anis Insyirah bebas ekzema. Aaminn.

6 comments:

  1. Ada la tu mknn yg trigger naik blk ekzema tu kot..smg semua baik2 saje.

    ReplyDelete
  2. kesiannya Anis..ooo tak boleh makan nangka yer..Dahlia blm cuba makan nangka tp pernah makan cempedak..nasib baik xder alahan..huhuhuu

    ReplyDelete
  3. alahai..kesian anis.. semoga cepat sihat syg bambam.. :)

    ReplyDelete
  4. sedapnya tengok nasi ayam tu.. terliur..

    ReplyDelete
  5. sian anis... cepatlah sakit anis pulih... aunty sha sedih tengok :(

    ReplyDelete