Cuaca panas berpeluh mengundang ruam gegatal


Pesakit ekzema alah dengan peluh. Peluh merupakan trigger/punca gatal. Kemudian ruam/rashes pon muncul. Penuh badan Anis Insyirah dengan bintik-bintik merah. 

Pesakit ekzema kalah dengan cuaca. Mommy daddy pon tak boleh nak tolong. Anis Insyirah seorang yang aktif. Kipas pon tak membantu bila cuaca sekarang ni panas yang amat sangat menyebabkan Anis Insyirah berpeluh 24 jam.

Air conditioner? Kalau nak sponsor boleh la suggest yer. He he he. Ubat pon tak payah nak suggest ye. Kena tahu apa itu ekzema dan hadam bagi dapat ijazah baru boleh suggest. Alamak garang pulak mommy irra ni. 

Cuba tengok kesan cuaca terhadap Anis Insyirah. Anis Insyirah macam biasa. Aktif dan happy. Selalu kena buli dengan abang.


Mommy daddy hanya mampu berdoa supaya cuaca panas ini berlalu pergi. Berdoa agar ekzema Anis Insyirah terus hilang. Dah banyak sangat baik ekzema Anis Insyirah ni.


Saat orang hanya tahu berkata, hanya mommy seorang yang menanggungnya.


Saat hati rapuh menjadi keras kerana kau perlu kuat menempuh dugaan ini. Bukan ku pinta. Namun harus ku telan jua.


Mommy kuat sebab tak perlu bergantung pada ubat. Just let it be. Come and go naturally.


Orang selagi tak rasa tak akan memahami. Tapi nak rasa ke? Jangan!


Kita cegah sejak terjadinya baby dari sperma dan ovum. Mommy dan daddy amalkan pemakanan yang sihat. InsyaAllah adik babyB jauh dari penyakit genetik auto immune ini. 


Mommy harap nanti Anis Insyirah kuat. Mommy tau Anis Insyirah kuat. Tak perlu manja-manja dan terus kalah dengan cuaca. 

tidur selepas mengamuk. amuk nak tidur rupanya

Dulu dan sekarang banyak sangat berbeza. Panas kejap je ni. Sabar ye.

3 comments:

  1. anak-anak eczema ni kalau kena peluh, panas, habuk maka habislah satu badang naik ruam ;((

    ReplyDelete
  2. anis insyirah banyak dah kurang.. semoga terus sembuh..amin..

    ReplyDelete
  3. anis kuat kan syg?? aunty sha proud of u bby !
    berat mata yang pandang, berat lagi insan yang menjaga ....

    ReplyDelete