Berguling di Pasar Besar Klang


Kami nak ke pasar membeli ikan. Mommy pakaikan baju cantik-cantik kat anak sebab lepas tu plan nak singgah suatu tempat.

Baru ja masuk kereta, Adam Rayyan dan buat Anis Insyirah menangis. Direbutnya pen yang ada di tangan adik. Akibatnya Adam Rayyan dimarahi oleh daddy. Mommy pon geram. Adik elok-elok je dok diam tadi dah nangis.

Adam Rayyan pon tarik muka la. Merajuk konon kena marah. Tapi siapa nak peduli. Dah sendiri bikin hal.

Kemudian, Daddy kata patutnya Adam Rayyan pakai short je nak ke pasar. Pastu mommy pon terus la lipat kaki seluar Adam Rayyan.

Adam Rayyan marah dan suruh mommy turunkan seluar dia semula. Mommy tak bagi. 

Disebabkan itu mata Adam Rayyan dah merah menahan tangis. Bila dah sampai di pasar, dia tak nak turun kereta. 


Kalau taknak keluar tak apa lah. Duduk jela dalam kereta tu. Lagi dia meraung. Pastu sampai kena tarik keluar.


Dah keluar taknak jalan pulak. Nak suruh dukung. Ntah berapa lama habis masa kat situ aje. 

Akhirnya mommy mengalah. Mommy dukung Anis Insyirah, daddy dukung Adam Rayyan. Sampai kat bahagian ikan, letak la Adam Rayyan sebab mommy bukan boleh dukung Anis Insyirah lama-lama.

Adam Rayyan sambung meraung kat situ. Mommy g beli ikan. Pilih 2kg ikan kembung dan bayar. Pastu pergi kat mereka semula. 

Adam Rayyan tak nak jalan lagi. Daddy pon suruh mommy dukung Anis Insyirah sebab daddy nak dukung Adam Rayyan. Sabar je la. 


Masuk dalam kereta dia jerit nak mommy. Tadi marah sekarang nak pula. Mommy riba la abang yang dah besar panjang ni. 

Dalam kereta daddy bagitau tadi Adam Rayyan jerit meniarap atas lantai dan daddyG buat taktau. Itu la pertama kali dalam hidup Adam Rayyan berguling di khalayak ramai. 

Sejarah! Hanya kerana lipat seluar Adam Rayyan! Ha ha ha.

12 comments:

  1. morning irra, wahhh ini betul2 tantrum ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. merajuk n mengamuk. haha. first time dia buat. bukan depan mommy. n daddy tak peduli.

      Delete
  2. anak2..kalo x turuti kata mcm tu lah gayanya.budak2 mmg suka protes dgn guling2 kan? ank sy pn mcm tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini first time dia buat. tapi irra tak nampak. haha

      Delete
  3. aduss..sabar jelah ye IRra..itu baru 2 orang..nanti datanbg lagi sorang..Adam Rayyan dh besar..jgn mengamuk dan merajuk lagi tau sian mommy..nanti akan ada adik baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. xpe, pengalaman.. igt balik nak gelak..esok2 bagitau dia dah besar2 nnt...adam rayyan guling2 kat pasar..hahaha

      Delete
  4. aduhaii kesian kak ira.. adam rayyan tantrum tu.. nak luah perasaan cmtu la agaknye dengan guling2.. kena banyak sabau..huhu... klau anis dh gelabah dh..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali buat perangai. klu diam pasif tu risau gak. klu aktif melampau tu hyper pulak

      Delete
  5. Adam oh Adam...aksi guling-guling kat pasar tu yang tak tahan tu...huhuhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. mommy pon xleh bayang cane. adam is pemalu. so diluar kawalan dia jugak la tu

      Delete