Bayi menangis dan berjaga tengah malam


Sejak ada babyB, Anis Insyirah dah tak menyusu. Apa-apa jenis susu dia tak nak. Paksa la buat macam mana pon. Dia tetap tak nak.

Akibatnya Anis Insyirah kerap terjaga tengah malam. Tak ada la hari-hari. Cabaran anak nak membesar. 

Kenapa baby berjaga dan menangis tengah malam?

1. Baby lapar. Bagi baby minum. Kalau bagi air, kemudian Anis Insyirah sambung tidur, alhamdulillah. Tapi kalau dia menangis lagi, sebabnya adalah di bawah;

2. Baby tak selesa. Tukar pampers. Tukar sekali baju. Mommy siap basahkan badan Anis Insyirah. Tidur berpeluh sebab cuaca panas akan menyebabkan badan tak selesa. Masa ni mesti mata dia dah segar. Hahaha macam mana nak tidur? Kalau boleh letak minyak angin kat perut baby sama. Kot masuk angin ke. Tu yang berangin tu.

Makan biskut

Selepas itu boleh la bagi baby makan. Kalau baby perut kosong ni memang tak senang duduk mereka. Kalau perut kenyang, terus suka hati. 
4. Bila baby dah tak mengantuk. Nak  tak nak mommy kena melayan Anis Insyirah bermain. Kalau mommy mengantuk? Biar je Anis Insyirah leka bermain seorang diri. Bila dia nak tidur, dia akan menangis. 

5. Kalau masih tak tidur dan menangis? Cuba check pampers anak! Poo poo pulak! Mereka tak kan menangis tanpa sebarang sebab.

Seronoknya menjadi seorang ibu! Hargailah ibu anda. Kerana ibu tak kan biarkan anaknya menangis. Sebenarnya sakit kepala nak oi bunyi menangis tu. 

9 comments:

  1. oke..noted! hihihi.. info berguna nie..hihi

    ReplyDelete
  2. anak sy msh menyusu so nangis je sumbat susu hehe..sng

    ReplyDelete
  3. Dugaan jugak bila anak kerapa menangis dan berjaga tengah malam..tambah lagi kalau pagi2 esok kena bekerja...huhuuu..

    ReplyDelete
  4. Dugaan ibu. Takzabar nak mengharungi semua cabaran ini. hehe

    ReplyDelete
  5. info berguna ni...simple but so true...

    ReplyDelete
  6. belum dapat rasa lagi suasana itu... tunggu akan datang hihi..

    ReplyDelete
  7. tips kalau satu hari nanti shah ade baby...mihmih

    ReplyDelete