Balik Kampung Mommy!


Semalam daddyG kata nak balik kampung 8 pagi. Tapi pukul 12 malam tak sampai rumah lagi. Ha ha ha. Mommy ketawa jahat! Mana mungkin esok akan bergerak awal kalau daddyG tak cukup tidur.

Kemas-kemas barang, siap-siap anak-anak, dah pukul 10 pagi. Lepas makan nasi, dan cek semua suis buat kali terakhir baru lah bergerak.

Singgah speedmart dulu beli roti coklat untuk anak-anak dan air peel fresh oren untuk mommy. Senang kalau ada yang tiba-tiba meragam kita umpan dengan roti coklat. Ha ha ha.

Masuk kereta kejap je dua-dua dah tumbang.


Kami tersangkut dalam kesesakan jalanraya kerana kemalangan melibatkan lori dan beberapa buah kereta. Kejadian berlaku selepas terowong Manora iaitu 3-5km sebelum sampai R&R Sungai Perak. 


Tersangkut bukan main lama. 2 hingga 3 jam jugak la. Dengan mommy menahan nak buang air kecil selama itu. Sungguh menduga betul. 

Melalui tempat kejadian, ada sebuah lori. Depan sikit lagi ada sebuah lagi lori. 


Kesan kemalangan seperti dalan gambar yang dikongsikan di group whatsapp pon dah tak ada. 


Tunggu tengok berita je la malam ni. Last berhenti sebab mommy lapar. Tapau mee goreng basah.


4 comments: