Bilakah saat seorang yang bergelar isteri menantikan kehadiran bayi dari benih cinta mereka? Haa pengalaman mommy sendiri, sebelum menjadi isteri naluri keibuan itu kurang. Hendak enjoy dulu sebelum menjadi wife kononnya. Namun setelah bergelar isteri, perasaan itu berubah. Jika ada rezeki awal, kami terima. Padahal excited sangat nak rasa jadi ibu. He he he.
Excited yang teramat sangat sehingga mommy senyap-senyap beli upt (urine pregnancy test) dan buat test seawal hari ke 29. Yang ni boleh kata mommy sangat over. Selain tu ada jugak mommy godek-godek apakah tanda awal kehamilan.
Di sini mommy kongsikan mengenai 20 tanda awal kehamilan yang umumnya terjadi kepada kebanyakan wanita hamil.
1. Payudara Bengkak dan Lembut
Rasa sakit dan berdenyut-denyut pada payudara adalah gejala yang paling umum. Perubahan tersebut adalah persiapan untuk penghasilan air susu ibu, ASI. Payudara akan menjadi sangat lembut dan sensitif selama beberapa bulan. Namun, tidak semua wanita mengalami perubahan ini. Selain payudara yang membengkak, salah satu tanda lainnya adalah kawasan aerola warnanya menjadi lebih gelap.
2. Perubahan Bentuk Tubuh
Bukan hanya perut sahaja yang membesar ketika hamil. Malah beberapa kawasan lain seperti punggung, paha dan dada serta lengan biasanya akan ikut mengalami pembengkakan.
3. Kerap Buang Air Kecil & Sembelit
Saat mengandung, baby yang membesar dalam rahim akan menekan pundi kencing sehingga kekerapan membuang air kecil pun akan bertambah. Kandungan pundi kencing juga lebih cepat penuh dan keinginan untuk membuang air kecil menjadi lebih kerap.
4. Mudah Letih
Di awal kehamilan, ibu mengandung akan mudah merasa penat. Rasa ingin bermalas-malasan sahaja di tempat tidur. Hal ini terjadi kerana badan sedang menyesuaikan diri dengan kehadiran orang baru (baby dalam rahim). Mudah penat ini juga dikaitkan dengan peningkatan hormon progesteron semasa hamil. Selain itu ia juga disebabkan oleh kadar gula dalam darah kurang atau tekanan darah.
5. Loya (Morning Sickness)
Kebanyakan ibu hamil akan merasa loya. Ia terjadi kerana peningkatan hormon HCG (Human Chorionic Gonadotrophin). Peningkatan hormon HCG ini menyebabkan pedih pada lapisan perut sehingga menimbulkan rasa loya. Biasanya rasa loya ini akan pergi apabila memasuki trimester kedua kehamilan. Namun begitu ada ibu yang berterusan meloya.
6. Terlambat Haid
Lambat datang bulan adalah tanda kehamilan yang paling jelas. Namun demikian, ada juga sebilangan wanita lambat haid kerana stress, diet atau gangguan hormon. Selain itu, ada juga yang mengalami pendarahan atau spotting. Sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjutan.
7. Perubahan Mood
Wanita hamil memiliki mood yang mudah berubah. Sekejap rasa bahagia dan tiba-tiba boleh bersedih. Tidak perlu risau dengan perubahan mood ini kerana ia adalah normal. Mood berubah kerana terjadinya perubahan hormon secara drastik dalam tubuh anda dan badan anda sebenarnya sedang menyesuaikan diri dengan perubahan hormon tersebut.
9. Munculnya tompokan darah/spotting
Tompokan darah ini muncul sebelum haid yang akan datang, biasanya terjadi antara 8-10 hari setelah terjadinya ovulasi. Tompokan darah ini disebabkan oleh implantasi (implantation bleeding) atau penempelan embrio pada dinding rahim.
10. Krem Perut
Tompokan darah biasanya akan diikuti dengan krem perut.
link
11. Sakit kepala (Headaches)
Ibu hamil sakit kepala kerana penat, loya, lapar dan tekanan darah rendah.
12. Sembelit
Sembelit terjadi kerana peningkatan hormon progesterone. Hormon ini selain mengendurkan otot-otot rahim, juga mengendurkan otot dinding usus sehingga menyebabkan sembelit atau susah buang air besar. Namun kebaikan dari keadaan ini adalah menyebabkan peyerapan nutrisi yang lebih baik ketika hamil.
13. Sering meludah
Tanda kehamilan ini terjadi akibat pengaruh perubahan hormon estrogen, biasanya terjadi pada kehamilan trimester pertama. Keadaan ini biasanya hilang setelah kehamilan memasuki trimester kedua.
14. Demam
Berlaku peningkatan terhadap suhu tubuh semasa pengovulan.
15. Sakit punggung
Biasanya, anda tidak mempunyai masalah dengan sakit punggung. Namun kini, punggung bahagian bawah terasa nyeri. Jika benar-benar hamil, gangguan ini akan berlaku hingga melahirkan kelak.
16. Mengidam atau menolak makanan tertentu
Tanpa alasan yang jelas atau secara tiba-tiba anda sangat menginginkan makanan tertentu, yang sebelumnya mungkin bukan makanan kegemaran anda. Atau sebaliknya, anda tiba-tiba tak tahan dengan makanan yang selama ini jadi kegemaran anda.
17. Sensitif pada bau
Ibu hamil tak tahan pada segala macam bau, terutama aroma makanan tertentu. Paling tak tahannya, bau tertentu boleh membuatkan ibu loya dan muntah!
18. Senggugut
Anda merasa senggugut seperti kebiasaaan. Perut kembung, sakit pinggang, sakit berdenyut-denyut pada payudara, dan nafsu makan yang meningkat. Tapi, masih belum datang period.
19. Positif UPT
Hasil uji pregnancy kit menunjukkan tanda positif! Apakah itu bermaksud anda benar-benar hamil? Belum tentu! Anda akan mendapat jawapan yang tepat setelah berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan Ultrasound.
20. Ada baby yang berkembang di dalam rahim ibu
Pemeriksaan Ultrasound menunjukkan titik kecil yang bergerak-gerak di dalam kantung kehamilan? Selamat! Jaga perkembangan si kecil hingga tiba waktunya bersalin ya, Mommy!
Pengalaman mommy sendiri, tak pernah sembelit, tidak meludah, tidak demam dan tiada senggugut. Yang lain semua ada.
Sue pun x de meludah, sembelit, muntah, demam, senggugut.
ReplyDeleteCuma rasa pening dan bdn byk berpeluh.
Assalam..sempat tau 3 hari jer mengandung hampir 7 mggu sblm keguguran..kandungan yg ditinggu2 dah 8 thn..😢😢
ReplyDeletetanda2 ni mcm ad je sjk akhir2 ni..smbelit tu kerap2, period lewat bulan ni blum chex upt lagi, btw thanks sharing good info ^^
ReplyDeletenice sharing :)
ReplyDelete