Ubat Herba Merawat Ekzema

Semasa mengemas bilik sebelah tadi, jumpa la semua botol-botol ubat herba yang mommy guna untuk merawat ekzema Anis Insyirah. 

Nak tahu lebih lanjut pasal gel herba boleh klik gambar di atas

Kenapa mommy pilih rawatan herba?

1. 100% natural.
Ubat sintetik kita tak tahu apa isi kandungan. Kesan jangka panjang ada tetapi masih diberikan kepada bayi. 

2. Anti-mikrob, anti-virus, cytotoxic @ anti-cancer, anti-ulcer, anti-inflammation, immuno-stimulant, anti-oxidant, detoksifikasi, astringent 
Jadi 100% mommy yakin menggunakannya tanpa was-was.

3. Pengamal berpengalaman dengan penyakit ekzema
Pengamal mempunyai 7 orang anak yang semua nya mempunyai ekzema. Daripada pengalaman beliau sendiri dan pengalaman anak-anak beliau dengan pelbagai kaedah rawatan, rawatan herba adalah yang terbaik dan tidak mempunyai sebarang konflik.

4. Anti-supression/detox
Rawatan herba adalah rawatan dari dalam ke luar. Ekzema akan dikeluarkan dari badan. Rawatan suppression adalah rawatan dari luar ke dalam. Makan ekzema tidak ke mana-mana dan berkumpul di dalam badan. Dan ia boleh kembali semula pada bila-bila masa.


Sehingga kini, stok gel bidara dan toner sentiasa ada di rumah. Macam-macam kegunaan herba ini. Mommy sakit mata, sapu di keliling mata. Mommy demam, sapu seluruh badan gel bidara baru dapat tidur lena. Mommy sakit telinga, titiskan gel herba bidara. 

Multi purpose gel ini bukan sahaja digunakan oleh Anis Insyirah. Malah satu keluarga. 

Kita tak minta untuk sakit. Let it go naturally!

6 comments: