Susahnya Nak Tidur


Sejak mommy Irra preggy, susu memang nazak. Setitis dua je kot. Walaupon begitu, Anis Insyirah nak jugak nenen. Padahal tak kenyang pon. Dia buat ubat pelali untuk tidur sahaja. 

Kalau dia nak nenen lama-lama tu, angin jugak la mommy. Bila mommy angin, Anis Insyirah pon daripada mood tidur terus cergas. Tak jadi tidur. Okey, tak nak tidur mommy layan adik main. Eh? Adik lagi?? Terbiasa lah ni. Mesti nak sebut adik. 

Lama-lama buat hal yang sama. Susah la kan? Tak tidur seharian, mommy irra jugak yang penat. Jadi alkisahnya bermula minggu lepas, mommy Irra suruh daddyG pasang semula buaian. Buaian ni tak bagus. Tapi tak terdaya la mommy pon. Lagipon Anis Insyirah bukannya obses dengan buaian. 

Banyak hari dah pasang buaian, Anis Insyirah tak nak tidur dalam tu. Dia gayat. Letak je menangis. Jadi mommy ajar dia duduk dalam buaian. Bagi dia rasa seronok di buai-buai dan hilang takut.

Tidur sejam pon jadi la sayang

Dalam seminggu ni baru 3 kali Anis tidur dalam buaian. Tidur lah Anis. Mata dah mengantuk sangat tapi di tahan-tahan. Tersenyum-senyum dia dalam buaian dan akhirnya tertidur. Alhamdulillah. Selamat tidur sayang.

9 comments:

  1. payah gak kalau susah tidur nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahan betul mata dia. Huhu boleh bikin stress sebab penat

      Delete
  2. kesian mommy Irra..nasib baik jadi suri rumah sepnuh masa ..kalua x lagi bertambah penat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kje, siang tinggal g kje. Malam je ngan anak. Mcm daddy dia tak banyak pon masa ngan anak...irra 24jam ngan anak...tdo malam diorg kepit kiri kanan...daddy syok tdo sorg2 xde gangguan...hihihi...nangis mommy ja reti pujuk pon...

      Delete
  3. anak buah anis pon ade yg susah tido..siap main lari2 walaupun mata dh kecik..huhu.. jenuh ibu dye pujuk tido..

    ReplyDelete
  4. alolo cian dia nenen dah sikit, tp dia nak ngempeng tu...

    ReplyDelete