Short Notice Keluar Rumah


Semalam mommy Irra selsema. Petang semalam Anis Insyirah demam. Petang semalam jugak lah daddyG bagitahu dia dapat whatsapp dari tuan rumah baru. Berbunyi seperti di bawah. Eh tu la whatsapp dari tuan rumah baru.

Kau sangat kejam!!!

Baru bulan ini rumah yang kami sewa bertukar tangan. Padahal baru sahaja terserempak tuan rumah baru dan keluarga dia hari ahad yang lepas. Kami berbual panjang. 

Semasa aku menaip ni pon aku boleh ternampak tuan rumah tengah berjalan. Kebetulan kami merayap di kawasan-kawasan blok untuk mencari rumah sewa baru. 

Tuan rumah baru tu tinggal di blok 7. Kami di blok 9. Oh kami tidak akan tinggal di sini lagi. Pasti aku akan rindu aunty Lela jiranku. Pasti aunty Lela akan rindu aku, rindu Adam Rayyan, rindu Anis Insyirah, rindu bunyi kereta kami keluar masuk. 

Kami dah menyewa dari Disember 2010. Bayaran sewa tiap-tiap bulan pon cantik. Tak pernah miss apatah lagi lewat membayar sewa rumah. 

Masa tuan rumah baru tu nak beli rumah ni, dia kata boleh terus sewa di sini. Jadi kami tak perlu pindah.

Tiba-tiba minta kami keluar. Notis singkat itu amat mengejutkan kami. Kami pasrah sebab itu rumah dia. Hak dia. Tapi DaddyG kata tuan rumah baru tak ada adab. Kot iye pon taknak sewa, jumpa la face to face. Bagi la alasan. Ini tak ada angin tak ada ribut suruh kami keluar dalam masa tak sampai sebulan.

Jika dia nak minta naikkan harga sewa, bagi tahu je la. Atau kalau betul dia nak masuk, bagi tahu je. Apa masalah sangat kan nak berterus terang. 

Okey mommy Irra nak tengok rumah sewa. DaddyG kata tingkat 4. Fuyooo.. I ada baby sayang. Nak naik tangga tinggi-tinggi.

Bersabarlah mommy Irra sayang. Dugaan akan mengajar kau menjadi kuat. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

29 comments:

  1. alah..kesiannya mommy ira ..ape ke teruk sangat orang tu..at least bagi la sebulan dua nak cari rumah sewa,ingat senang ke nak cari rumah sewa sekarang nie..emmm..harap mommy ira sabar ye.insyallah...Allah swt akan permudahkan pencarian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikutkan sepatutnya 2-3bulan masa diberi untuk berpindah. mereka tu org yg buat ubat dalam perubatan islam. sungguh tak sangka macam ni

      Delete
  2. semoga jumpa rumah sewa baru yer irra... tabahkan hati tau...

    ReplyDelete
  3. sbr jelh irra..dugaan.dh la tgh pegnen kan? aduhai.mmg kejam la..lgsg xde hati perut bg short notice cmtu

    ReplyDelete
  4. macam sha masa kena buang keje dulu la, guna sms aje... hurm.. sabar la mommy, tak ramai melayu yang nak bantu melayu.... dugaan kuat jugak mommy dapat kali ni :( semoga tabah ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. allah. mesti rasa frust sgt kan. macam kes ni. rasa macam apa je. nampak diorg macam "bagus la owner baru ni"..but then..hakikatnya seperti ini

      Delete
  5. Harap bersabar dan bertabah ye kak... Apapehal nanti, ena sedia menolong... ^_^

    ReplyDelete
  6. Ya Allah kesiannya kat Irra. Smg segala urusan dipermudahkan. Mungkin Allah nak berikan yang lebih baik buat Irra sekeluarga. Bertabah ye.

    salam dari sue (sihatitunikmat.blogspot.com)

    ReplyDelete
  7. Saya juga mengalami nasib yang sama. Tuan rumah call suruh keluar dengan segera. Macam pengemis pun ada dibuatnya. Isteri menangis sebab fikirkan anak kami yang baru beberapa bulan. Nak cari rumah sewa bukan mudah. Alhamdulilah. Jumpa juga dalam masa yang singkat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedang berusaha mencari rumah sewa. insyaAllah sempat. cuma kelam kabut je la. nak cari rumah. nk kemas. nak angkut pindah. dgn preggy lagi. dgn anak 2org.

      Delete
  8. Terkejut tgk cara tuan rumah tu..sabar yer..semoga urusan ira dipermudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga dipermudahkan urusan nak berpindah. aaminn
      thanks akak

      Delete
  9. cara tuan rumah tuh xde adab lgsg..at least jmp la face to face bgtau baik baik

    ReplyDelete
  10. Geram je cara dia whatapps tu, x pikir susah senang org. Bukan senang nk cari umah sewa skrg ni kasihan mommy ira, sabar ye

    ReplyDelete
  11. Kesiannye u.. sabar yer. Mungkin der hikmah disebaliknya..

    ReplyDelete
  12. InsyaAllah ada hikmah yang baik. Tabah ye kak irra sayang :')

    ReplyDelete
  13. ishh kasarnyee bahasa.. hurmm.. ape la..cakap la elok2.. ayoo.. xpela kak ira.. nt dapat rumah yg lagi best dr yg nie..sabar ye kak ira.. cari rumah lain dulu ye.. :) chaiyok2 :)

    ReplyDelete
  14. melampaunya tuan rumah tu? :-b kalau KM, KM call balik tanya kat dia. Memang tak ada adab langsung! Emo pulak KM tengok wassup tu b-( Kalau betul pun nak suh keluar, cakap depan2 tak boleh ke? Pengecut ke apa? Nasib baiklah dapat penyewa yang berhemah tak maki hamunkan... sabar ya Ira...

    ReplyDelete
  15. mmg xbrhati perut n tak beradab bahasanya tu. sabar bnyk2 ya Ira

    ReplyDelete
  16. ada hikmah semua tu..mungkin lepas ni dpt jiran baru yg lagi best dan tuan rumah yg lagi baik dari sekarang...

    ReplyDelete
  17. bertuah betul tuan rumah baru tu yer...sabor jelah...

    ReplyDelete