Sakit Berjangkit | Demam


Tajuk bukan main! Demam tak boleh berjangkit. Mungkin virus selsema mommy singgah kat anak-anak. Mommy kerja dok bersin ja memanjang. Jadi demam tu ber"passing".

Mula dengan mommy Irra selsema. Hari-hari pasang kipas slow jer. Demam panas tak singgah la kat mommy. Tapi kena batuk kahak. Cuaca la ni. Panas sejuk.

Kemudian Anis Insyirah demam dan kahak. Maafkan mommy yang melayan adik minum homemade ais blended beberapa hari lepas. Demam satu malam dah baik, tinggal kahak je lagi.

Kemudian, Adam Rayyan pulak demam malam. Malam pertama dedar sahaja. Esok pagi kebah. Malam kedua demam. Mommy sapu gel bidara masa Adan Rayyan tidur. Esok pagi kebah. 

Sabtu malam

Malam ketiga mommy pulak penat sangat dah tertidur mati. Jadi tak monitor suhu Adam Rayyan. Bangun pagi, panas badan dia. 

Pagi ini - isnin. Demam panas!

Tingginya suhu. Ok mommy jelum!

Suhu pagi ni tinggi. Daddy nak bawa g klinik dah. Mommy kata nak tuam dulu badan Adam Rayyan. Lagipon Adam Rayyan pon ok je. Tak bunyi apa. 

Apa itu demam? 
Demam adalah tindak balas normal terhadap bendasing. Ia bukan penyakit tetapi gejala yang menandakan badan di serang virus atau kuman. 

Suhu disahkan demam?
Melebihi 37.5

Bila perlu berjumpa doktor?
Tidak ada perubahan selepas 4 ke 5 hari.

Sumber: http://www.myhealth.gov.my/index.php/dewasa/tanda-a-gejala/demam

Semoga cepat sembuh anak-anakku. 

6 comments: