Al kisah 23 Disember 2010. Aku sudah 11 hari bertukar status daripada bujang kepada berkahwin. Hari ini majlis sebelah aku di Baling, Kedah.
Keluarga aku tak layan pelamin-pelamin semasa majlis perkahwinan kakak-kakak dan abang-abang aku. Tapi aku nak juga ada pelamin. Aku namakan mini pelamin sebagai backdrop untuk bergambar. Abah okey kot. Aku buat sendiri. Aku tak letak kerusi.
Kos pelamin ini daripada aku sendiri adalah ringgit malaysia sifar. Langsir coklat di belakang adalah langsir kakak aku. Langsir buat bulatan tu wujud semasa majlis perkahwinan kakak kedua aku. Bunga di sponsor oleh bakal suami aku. Bunga-bunga hidup pinjam makcik aku. Semua nya guna pakai apa yang ada. Okey apa kan? Apa komen anda?
Gambar yang comel sikit tak ada. Ini je aku jumpa dalam hard disk. Masa ni aku tak ada kamera. Pakai handphone nokia 5880 suami aku. DaddyG lah.
Jadi lah pelamin percuma hasil tangan sendiri dan cetusan idea bersama saudara mara. Hari ini dah 3 tahun 9 bulan 1 minggu usia perkahwinanku. Bahagia aku dan suami bersama cahaya mata cinta; Adam Rayyan dan Anis Insyirah.
ish bgsnye...kalo org lain mesti nk ad sanding2 jgk hehe
ReplyDeleteBagus sangat kalau macam ini.
ReplyDeleteTak melibatkan kos langsung tapi cantik dipandang mata.
Happy anniversary dari SA
ReplyDeleteCantik.... Memori terindah hasil kerja tgn sendiri.
ReplyDeletecomelnya pelamin... :)
ReplyDeletekreatif dan cantik
ReplyDeletekreatifnyaaaa....kak mieja kagummmmm :):)
ReplyDeleteCantik pelamin. Happy annivesary sis. Semoga berbahagia hingga ke syurga
ReplyDeletesweet..happy anniversary
ReplyDeletejujur mommy !! cantik sangat !! indah je pelamin coklat tu....
ReplyDeletecantik la kak ira.. xmacam percuma pun..hihi.. buat utk anis nanti boleh..ehh..hahah
ReplyDelete