Mee Udang Meletops


Pertama sekali nak ucap Selamat Hari Lahir kak Laila. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dilimpahkan kesihatan yang baik, diberikan kebahagiaan dan dipermudahkan segala urusan. Semoga makin berkembang perniagaan kak Laila. 

Selfie ^_^

Mommy Irra dan kak Laila, owner D'Laila Mee Udang

Yang syoknya kak Laila ni adalah boleh masuk "gu" dengan mommy Irra. Weiii jiran kampung ja tau! Family kak Laila kat Gerik, manakala family mommy Irra kat Baling. Memang masuk la nak sembang tu kaaa... 

Mempersembahkan Mee Udang MELETOPS! Wahhh suka suki mommy irra letak nama


Korang kalau berminat nak cuba try test boleh pergi ke kedai kak Laila iaitu D'Laila Mee Udang di MMA Santai Corner, Nilai. 

Zaman dah canggih. Guna waze dan masukkan MMA Santai Corner memang korang terus sampai tempat dituju. Kalau tak nak bersusah payah mencari parking datang la awal. Malam-malam jenuh jugak la nak menggagau cari parking. Tapi kan, no hal lah! Disebabkan Mee Udang Meletops kak Laila, tak jadi masalah pon kan. 


Kemudian korang masuk ke kawasan makan MMA Santai Corner, akan nampak gerai Kak Laila. 


Selain daripada Mee Udang, ada juga menu lain seperti
  • Mee Ketam

  • Mee Udang Galah

  • Mee Kupang
Mommy Irra dan daddyG layan makan Mee Udang Meletops ni, fuhhhh memang sedap lah. 


Sambil makan sambil berborak. Dari jam 9 hingga jam 12 malam. Sampai si Anis Insyirah menangis, baru la mommy Irra angkat bontot. Punya la seronok berbual. Walaupon baru first time jumpa.


Nak belanja lagi gambar mee udang. Hee
Jangan jelesss...


6 comments:

  1. sedapnye...untung la irra dah boleh mkn seafood skrg kan ..

    ReplyDelete
  2. dari insta kak ira anis dh terliur nie..adehhh.. lapooo sudaa...

    ReplyDelete
  3. Tgk pun dh tahu sedap sbb udah bersepah x nampak mee nye hiksss

    ReplyDelete
  4. terliur sangat.... aduhai... kena bookmark ni... ada rezeki ke nilai boleh la teraiii

    ReplyDelete
  5. nampak sedap sgt..teringin nak makan..tp takut..sbb akak kalau makan udang..lps makan tu mesti menggaru.. ;-(

    ReplyDelete