Info Ekzema dari Dermatologi

Sedang mengemas barang nak pindah ni kan, mommy jumpa pamplet yang Dermatologi Hospital Serdang bagi. Jom kita ambil tahu serba sedikit tentang EKZEMA dari aspek kedoktoran.

Adam Rayyan dah kerjakan kertas ini. Huhuhu

APAKAH EKZEMA?


Atopik ekzema adalah sejenis penyakit kulit kronik akibat tindak balas hipersensitif yang menyebabkan kulit kering, gatal-gatal dan radang merah di bahagian muka, leher, pelipat siku dan belakang lutut.

Ia boleh dikawal tetapi tidak boleh sembuh sepenuhnya. Jika tidak dikawal, ekzema akan menjadi teruk dan mengganggu kualiti kehidupan harian.

PUNCA?

Punca sebenar ekzema masih dalam kajian. Beberapa faktor penting telah dikenapasti:
  1. Faktor genetik
  2. Faktor persekitaran
  3. Sistem halangan kulit yang kurang berfungsi
  4. Peningkatan reaksi immuniti badan terhadap allergen dan kuman(hipersensitiviti)

SIAPA?

Ekzema biasa terjadi di kalangan bayi dan kanak-kanak. Hampir 15-20% kanak-kanak berisiko mengalami ekzema.


Tetapi 70% daripada mereka akan sembuh dengan sendirinya apabila meningkat usia remaja.

Di kalangan golongan dewasa 2-10% boleh mengalami atopik dermatitis.

RAWATAN
  • Krim atau minyak pelembap hendaklah di sapu rata sekerap mungkin sekurang-kurangnya 4 jam sekali. (Yang ni mommy tak setuju. Sebab apa-apa krim atau minyak adalah bersifat suppression)

  • Krim steroid (ubat) perlu di sapu dua kalu sehari pada kawasan kulit yang gatal dan kemerahan.(steroid hanya berfungsi menyembunyikan penyakit, ekzema tidak akan baik malah akan bergantung kepada steroid kerana badan tertipu dengan wujudnya sintetik steroid tersebut. Maka badan tidak mahu mengeluarkan steroid sendiri dan ekzema boleh menjadi semakin melarat.)

  • Pil anti-histamine boleh dimakan untuk mengurangkan rasa gatal terutamanya sebelum waktu tidur. (Mommy tahu long side effect anti histamine namun kesian kan anis terlalu gatal. Namun seolah-olah tidak memberi kesan langsung.)

  • Jika ekzema menjadi berair atau bernanah dan dijangkiti kuman, pesakit hendak lah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya yang memerlukan antibiotik. (Jika kita menggunakan rawatan yang anti bakteria, insyaAllah tiada jangkitan kuman. Sebolehnya guna lah rawatan yang anda yakini dan temuilah pengamal perubatan tersebut untuk anda bertanya segala kesulitan yang anda alami. Pengamal yang baik akan menenangkan anda dan membantu memulihkan ekzema sehabis baik.)

AMALKAN
  • Sapu krim atau pelembap selepas mandi dan sekerap mungkin dan juga sebelum tidur. (Mommy sapu gel dan toner herba kat Anis Insyirah setiap kali lepas mandi. Masa meradang 10x sehari)

  • Vakuum bilik dan tukar cadar dan sarung bantal setiap minggu. (Hari-hari tukar cadar sampai penat. Pastu rupanya kita tak perlu nak terlalu bersih sangat. Biar badan melawan dan ia akan menguatkan antibodi badan secara semulajadi.)

  • Sabun "hypoallergenic" yang melembapkan kulit. (Selama Anis meradang(flare up) mommy mandikan dengan air daun sireh)

  • Potong kuku dan kurangkan menggaru!!(macam mana la si baby ekzema nak mendengar kata supaya tidak menggaru?)

ELAKKAN

1. Bahan perengsa("irritants")
-Kain "wool" atau fiber sintetik
-Asap rokok
-Sabun atau bahan pencuci
-Bahan solek muka dan pewangi
-Bahan kimia terlarut

2. Bahan Allergen
-Hama habuk (karpet, sofa, tilam)
-Debunga 
-Bulu kucing, anjing atau patung maknan berbulu
-Kulat
-Makanan yang diketahui boleh menyebabkan reaksi alahan (kulit semakin merah dan gatal)

Lain-lain
-Mandi dengan air panas dengan masa yang lama
-Menggaru kulit jika gatal (hebat siapa yang kegatalan dapat menahan dari menggaru)


Sumber:
Unit Dermatologi, Jabatan Perubatan, 
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,
UPM, 
Klinik Dermatologi, Hospital Serdang.


Mommy Irra bukan seorang doktor yang bertauliah. Namun mommy adalah doktor peribadi anak-anak. Mommy bukan doktor google. Mommy belajar dan menggali ilmu dari pengamal perubatan herba melayu dan cina. Ilmu boleh di timba selagi nyawa di kandung badan. Hati sahaja yang mahu atau tidak. Setuju atau tidak terpulang pada diri masing-masing dan sila hormati pendirian masing-masing. 

Tiada siapa yang mahu berpenyakit. Kita insan terpilih untuk merasa. Selagi boleh cegah, sila cegah. Bila dah kena, just let it be. Come and go naturally. 

Suatu ketika dahulu. Kering air mata melihat dan menghadap anak yang menghidap ekzema.


Sekarang. Masih ada 10% dan dalam kawalan. Doa mommy tidak putus supaya ekzema itu HILANG dan LESAP SELAMANYA.


Mommy takut nak beranak lagi. Mommy taknak rasa dah pengalaman ini. Rezeki الله bagi lagi. Semoga babyB sihat. Aaminn.

6 comments:

  1. amiinn semoga sehat2... umie pun ada psoriasis sampai umur 22 sekarang ni masih , huhu.


    u-mie.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. sabarlah cyg... dugaan tu... pahala berlipatganda mommy dapat !

    ReplyDelete
  3. semoga anis insyirah cepat2 sembuh..amin.. :)

    ReplyDelete
  4. Aaaamminn. Kak Irra kuat! Insya-Allah, semuanya selamat. Amin amin

    ReplyDelete
  5. nice sharing irra..byk ilmu ummul dpt..

    ReplyDelete