Cabaran Hari 11 | Kenangan Lucu Zaman Kanak-kanak


Hidup umpama roda. Kadang di bawah. Kadang kita di atas. Begitu juga lah Cabaran 30 hari anjuran #kelabbloggerbenashaari. Semalam senang. Hari ini mommy pening memikirkan apa kisah lucu zaman kecil mommy.


Cabaran hari ini adalah kenangan lucu zaman kanak-kanak. Malam ni baru dapat idea. Mungkin lucu kot cerita ni. Boleh buat ketawa la jugak. 

-----------------------------------------

Alkisah mommy Irra darjah 3. Selalu ujian matematik dapat 100%. Namun kali ini, dapat 93% sahaja. Kalau tak silap la, mommy irra pon dah lupa. Tapi memang tak dapat 100% la. Punya la sedih sorokkan kertas ujian bawah meja dan menangis. 

Cikgu di depan buat ulangkaji kertas ujian tadi. Kawan sebelah pula usik. "Ni kertas ujian kau. Haa dah tau dapat berapa." 

Mommy irra pon apa lagi. Terus rebut lah kertas tu sampai terkoyak. Rupanya itu kertas ujian orang lain.

Punya la malu kerana menyebabkan kertas kawan koyak dan sedih tak dapat markah tinggi, sepanjang kelas mommy Irra menangis sambil tutup muka ke meja. 

Lucu la tu kan? Hahahaaaa.. Tak dapat 100% pon nak nangis. Lepas tu tak usul periksa duhulu.

Pengajaran kisah ini ialah siasat dahulu sebelum bertindak dan jangan terlalu kecewa dengan hidup. Berusaha lah bersungguh-sungguh dalam apa jua pekerjaan dan bersyukur dengan hasil yang diperolehi.

8 comments:

  1. hehehe... kenapa sampai cam tu. ngeee

    ReplyDelete
  2. Kenangan lucu akak waktu zaman sekolah rendah suka ikut kawan balik sekolah melalui jln rumah orang. Time tu duduk kampung. Entah macam mana satu hari terlanggar sarang penyengat..habis menjerit sbb kena sengat. Yg member dah cabut lari awal2. Bila kenang balik rasa mcm bodoh jer..xder kerja cari kerja...heheheheee

    ReplyDelete
  3. 93% pon dh oke dh kak ira..hihi.. comel je kak ira nie.. betul2 moral crite tu kena siasat dulu baru tahu hal sebenar.. :)

    ReplyDelete
  4. perghhh hebat tu masa sekolah rendah dah dapat 93

    ReplyDelete
  5. Zaman persekolahan banyak yang melucukan

    ReplyDelete