Cabaran 30 Hari Berita Terkini Hari ini Yang Mommy Irra Baca

Cabaran 30 Hari anjuran Kelab Blogger Ben Ashaari masuk hari yang ke 25. Tajuk hari ini adalah berita terkini hari ini yang mommy irra baca. .


Berita terkini mengenai bayi Nur Hidayah Abdul Rahman yang diserang biawak kelmarin semakin pulih.


Masa mommy Irra dapat berita ini, ya الله. Terkejut sangat dan tak sampai hati nak besarkan gambar kat whatsapp. 

Bayi comel ini menjadi mangsa serangan seekor biawak di kuarters sebuah resort di Kampung Tekek, Tioman, Pahang.

Pegawai Perubatan Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif Hospital Sultanah Aminah (HSA), Dr Low Tzuemn Ling, berkata Nur Hidayah yang menerima 150 jahitan akibat cakaran biawak terbabit dijangka dibenarkan pulang ke rumah dalam masa terdekat tetapi perlu menghadiri rawatan susulan di hospital berkenaan untuk memulihkan parut yang dialaminya.

"Buat masa ini kita sedang lihat proses penyembuhan luka dan dijangkakan jahitan itu akan dibuka seminggu lagi. Setakat ini, keadaan Nur Hidayah stabil cuma kita sedang memantaunya daripada sebarang jangkitan," katanya kepada pemberita di Wad Kanak-Kanak HSA, di sini, hari ini.

Semoga baby Nur Hidayah cepat sembuh. Semoga kesan jahitan itu juga hilang. 

Semoga kita semua mengambil pengajaran dan iktibar dari kejadian ini. Malang tidak berbau di mana dan dalam keadaan apa sekali pon. Namun kita haruslah berhati-hati. Semoga kejadian ini tidak berulang lagi. 


5 comments:

  1. Kesian bayi ni. Moga Nur Hidayah cepat sembuh Amin

    ReplyDelete
  2. Betul...kesian baby ni. Kecik lg dah diduga begitu. Smg baby hidayah lekas sembuh. Amin.

    ReplyDelete
  3. sedih bila baca berita adik hidayah ni..semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
  4. kesian sgt.. :( comel plak tu..huhuhu

    ReplyDelete
  5. budaknya comeyyy sangat... sakitttt dia rasa macam kita yang kena... tak tertanggung tu :(

    ReplyDelete