Apa itu ekzema?
Ekzema ialah keadaan KULIT KERING dan GATAL. Ekzema biasanya terjadi sebelum anak berusia dua tahun. Akan tetapi ekzema tidak mengenal usia. Ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.
"Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai." Kenyataan ini akan diberi oleh mana-mana Dermatologist.
Selain itu, ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopik bermaksud kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.
Ekzema bermaksud penghalang kulit tidak berfungsi dengan baik. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.
sumber: SINI
Orang kata ruam panas. Hakikat sebenarnya ini adalah ekzema. |
Anak mommy masih mampu tersenyum. Sebab dia bukan tau sakit. Gatal je. Bila tak gatal boleh main macam biasa. Kesian orang tengok dan mengata. Padahal saya tak mintak jadi begini. |
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. |
Bagi mommy Irra yang mempunyai anak yang mengalami ekzema. Apa yang mommy Irra tahu ialah:
Ekzema adalah penyakit auto-immune. Penyakit auto-immune yang lain adalah seperti Asma, Alergik dan Resdung. Kebarangkalian ibu bapa atau keluarga yang mempunyai penyakit ini akan memberi kesan kepada anak mereka; genetik keluarga. Namun demikian, ia bergantung kepada sekuat mana tahap alergik tersebut. Jadi, di sini sebenarnya kita mampu untuk mencegah ekzema sejak dari dalam kandungan lagi. Apakah langkah pencegahan tersebut? Mommy Irra akan cuba membantu yang mana terdaya. Jadi jangan lupa ikuti entri-entri yang akan datang :)
Tetiba terasa sakit pula pipi ni bila tengok pipi si comel tu... hurmmmm
ReplyDeleteanak sue pun ekzema juga.
ReplyDeletefirst time handle these case.
still in learning process
kesiannya.. semoga cepat sembuh.. tak boleh tengok anak2 kena cenggini..
ReplyDeletebukan bayi jer yang kena..dah dewasa ni pon baru terkena..perit jugak rasanya..bayi lagi la kesian..dorang kecik lagi..
ReplyDeletenow kena jaga makan la..kulit memang kering pastu gatal..huhuhuu
Ya Allah sian anis... memang tak boleh dipulihkan ke? Tak ada cara lain ke irra?
ReplyDeleteDahlia sampai skrg masih ada eczema. Eczema flare upbila dia sakit. Maybe disebabkan akak ada asthma dan turun ke Dahlia pula jd eczema. syukran jazilan berkongsi info
ReplyDeleteshare lagi info pasal eczema nie kak ira.. nak tahu lebih lanjut :)
ReplyDeletebab ekzema ni memang bahaya kalau tak dirawat segera.
ReplyDeleteala kesiannya.
ReplyDeleteasthma eczema allergic ni satu geng, grr
Paling perit bila baby e ni garu sampai berdarah
ReplyDeleteKasihan anak irra yg ini tp skrg dh x de lagi kan. Itu satu cabaran buat irra kan nk jaga anak yg ada ekzema ni
ReplyDeleteex ofismate sy dlu ank die pun ekzema..memg kne jaga bebetul kan bila ank kne ekzema nih
ReplyDeletederitamu anak derita ibu juga
ReplyDelete