Perkembangan Ekzema Terkini Anis Insyirah

Alhamdulillah, tak ada dah gambar-gambar ngeri seperti dahulu. Hanya ruam-ruam kecil yang naik apabila mommy Irra atau Anis Insyirah makan makanan yang boleh trigger alergik. 


Laa ni dah tahu apa yang boleh menyebabkan alergik. Kenapa makan jugak?
Hahaha boleh dikatakan semua makanan yang tidak dimasak di rumah adalah makanan yang menjadi punca trigger alergik Anis Insyirah. Habis takkan mommy dan Anis Insyirah tengok je orang makan?? So kami makan la jugak. Kemudian cari air kelapa muda untuk neutralkan makanan berasid. 


Kalau di rumah, makanan yang boleh trigger alergik tetapi menjadi makanan kegemaran Anis Insyirah adalah keropok keping. Kalau tak bagi dia makan, meraung satu rumah. So, bagi jela dia makan. Nanti lama-lama badan dia akan immune dengan keropok keping tu.


Susah ke nak mengamalkan diet alkali? Mommy Irra sayang anak mommy. Mommy cuba yang terbaik untuk kesihatan keluarga. DaddyG pon boleh join diet alkali, takkan mommy tak boleh pulak? Tapi bila anak yang nak makan macam-macam. Hahahaha tak mampu nak menghalang. Dan asalkan tidak memudaratkan. 


Semalam Anis Insyirah makan biskut raya 2 biji. Tak sempat nak halang. Cepat betul dia sambar biskut raya tu. Dan makan cepat-cepat supaya orang tak boleh ambil kat tangan dia. Anak bertuah. Pagi ni merah-merah la sikit. Masih under control. 



Semoga cepat Anis Insyirah sembuh sepenuhnya. Sekarang ni mommy irra tak risau sangat dah. Tapi tapi tapi..banyak pulak tapinya. Anis Insyirah dah mula meragam. Ragam nak dapat adik. Uwaaaa bertabah lah mommy ye

Ekzema, let it come and go naturally. Let it go! Let it go!
Boleh tengok perkembangan ekzema Anis Insyirah sejak day 1 lagi. 

Day 161-180
Day 181-200
Day 201-220
Day 221-240

Juga tips cegah ekzema semasa hamil di 
Tips#1 dan Tips#2.

Juga elak Kicap/Toyu

Semoga Anis Insyirah bebas ekzema sepenuhnya. Amiin.

6 comments:

  1. bertabahlah ira haha.. biasalah tu dia dapat rasa ada baby baru yg akan gugat tempat dia nanti hihi.. :)

    ReplyDelete
  2. Semoga Anis Insyirah cepat sembuh ... Moga2 lepas ni takder la gatal yang teruk2 ya Irra..

    ReplyDelete
  3. wah wah.. gediknya nak dapat adik...
    kekadang tak sampai hati kan bila diorang nak kita tak bagi, selalu tengok kaklong sha gitu... lepas tu anak buah sha naik gegatal...

    meh cium dia sikit !

    ReplyDelete
  4. anak buah anis pon merengek je ngan mama dye.. nak dapat adik baru la katekan.. lagi mama dye lari.. lagi kuat mengejar mama dye.. merap je kejenye..huhu

    ReplyDelete
  5. Bukan main lagi Anis makan keropok! Berselera betul :)

    ReplyDelete
  6. Nak amalkan minum air kelapa juga lah nanti.

    ReplyDelete