Jika saya mempunyai 10 Tempat Duduk Percuma AirAsia, saya akan ke Sabah dan saya akan bawa bersama keluarga saya iaitu daddyG, Adam Rayyan, Anis Insyirah, adik mommy Irra dan bakal suaminya, kawan baik mommy Irra dan suami serta dua orang anaknya.
Destinasi pilihan mommy Irra adalah ke Pulau Mabul. Mommy Irra nak berikan dua tempat buat adik dan bakal suaminya sebagai hadiah perkahwinan mereka pada 12 Disember 2014 nanti. Dah tak perlu pening kepala memikirkan hadiah buat adinda bongsu tercinta seorang ini. Seronoknya berbulan madu di Sabah. Tapi perbelanjaan ditanggung sendiri ya..hahahaaa
Ada lagi 4 tempat duduk percuma buat kawan baik mommy Irra dan keluarganya. Jadi sepanjang percutian nanti mommy Irra ada teman nak bergosip, anak-anak ada kawan-kawan nak bermain, manakala suami-suami boleh geng berjemur bersama. Hahaha daddyG beriya sangat nak berjemur. Ke nak cuci mata?
Wahhhh dah terbayang keseronokkan suasana percutian nanti. Dapat melihat gelagat anak-anak membuat istana pasir di tepi pantai yang bersih. Boleh la mommy Irra tanam Anis Insyirah dalam pasir sekali lagi. Hehehee
Wahhhh dah terbayang keseronokkan suasana percutian nanti. Dapat melihat gelagat anak-anak membuat istana pasir di tepi pantai yang bersih. Boleh la mommy Irra tanam Anis Insyirah dalam pasir sekali lagi. Hehehee
Kenapa mommy Irra memilih Pulau Mabul? Pertama sekali kerana kami sekeluarga sangat sukakan suasana pantai. Lebih-lebih lagi pantai yang bersih dan cantik. Seronok sangat apabila melihat anak-anak tersenyum riang bermain di gigian pantai.
Selain itu, air laut pula sangat bagus untuk kulit Anis Insyirah yang mempunyai penyakit ekzema. Air laut dapat membantu membaikpulih sakit kulit anak mommy. Maka destinasi ini sangat tepat untuk kami tuju.
Selama ini hanya Pantai Kuala Abang, Terengganu sahaja yang kami sekeluarga pernah pergi. Jadi harapan menggunung buat mommy Irra untuk ke pantai di kawasan Sabah yang kaya dengan keindahan alam, bersih dan tidak tercemar. Tidak sabar rasanya untuk merasai sendiri udara nyaman di sana dan menghabiskan masa bersama anak-anak seharian di tepi pantai.
Mesti semua dah sedia maklum AirAsia sedang melancarkan Promosi Tempat Duduk Percuma. Jom rancang percutian bersama AirAsia untuk tempoh perjalanan dari 1 Mac - 24 Oktober 2015. Promosi ini berakhir pada tengah malam esok. Walaupon ada beberapa jam lagi. Jom semua!
Wah. Ramai gak ye nak ke Mabul.Good Luck.
ReplyDeleteGud luck akk :D nti lisa nk jugak present mcm nie time lisa kawen..hehehehhe
ReplyDeleteWahhhh Pulau Mabul tu.. Ena mana2 pun okay, janji dapat jejak kaki kat Sabah. Tak pernah lagi merantau ke sana... Apapun, ena doakan semoga berjaya ye
ReplyDeletegood luck Iraa, Sabah di bawah bayu menanti mu.
ReplyDeleteGudluck mommyyyyy !!
ReplyDeleteFuyooo... Good luck..
ReplyDeleteIrra, bukan ke skrg ni perintah berkurung d mabul tu
ReplyDeleteNampak pantai ja. Lupa isu semasa. Tapi ni tahun depan. Klu ada rezeki. Doa2 bg selamat dah masa tu. He
DeleteGood luck kak irra! hehe
ReplyDelete