Melaka River Cruise

Hari Jumaat kami ikut Acu Nadiah pergi Segamat, Johor. Kami bertolak 10 pagi dan kembali ke Rawang 11.30 malam. Kami bermalam di rumah Acu. 

Semalam hari Sabtu kami bawa mak dan abah jejalan ke Melaka. Kami bertolak pukul 3.15 petang dan perjalanan mengambil masa 2 jam. Tempat yang dituju ialah Melaka River Cruise. 


Mak dan abah datang dari Kedah dengan kakTeh (sepupu mommy Irra). 


Dari kiri mommy Irra, Anis Insyirah, Abah, Mak, Adam Rayyan, KakTeh dan Kak Ruhilah. Bergambar di Sungai Melaka. Tak sabar nak naik Melaka River Cruise. Harga tambang bagi dewasa RM10 dan kanak-kanak 2-12 tahun adalah RM5.


Jom layan gambar atas bot. Keje posing jela kan mommy Irra ni kan.


Bila disuruh senyum. 


Mommy Irra dan abah.


Selfie :D


Seronok dapat meluangkan masa bersama keluarga. Raya hari tu tak dapat bersama kerana giliran kampung daddyG. Seronok tak terkata bila tahu mak abah nak datang. 


Terima kasih kakTeh bawa mak abah. 


Gambar tuan blog jela ada. Haha. Pemandangan sekitar sungai Melaka mommy rekod je. 


Puas hati la naik bot tadi. Lepas tu kami layan minum-minum di tepi sungai sebelum bergerak ke Masjid Selat Melaka. 

Terima kasih kat daddyG jugak sebab bawa kami jalan-jalan jauh. Layan je projek si puan isteri nak berjalan-jalan dengan family. 

Busy Jumaat Sabtu Ahad yg buatkan mommy Irra tak sempat nak blogwalking. Penat tapi seronok sangat. Nanti mommy irra dah hilang penat, mommy irra g jalan2 singgah blog kawan-kawan ya. 

7 comments:

  1. KM notice yg adam kalau senyum ikut ira haha... :)

    ReplyDelete
  2. dh lame xjln2 mlake.. dlu time stdy kat melake.. slalu jugak jln2 sini..huhu..

    ReplyDelete
  3. Kalau pergi malam lagi cantik, Irra. Boleh tengok Kampung Morten yang bergemerlapan.... pastu semua jambatan yang kita lalu tu diorang pasang lampu. Meriah laa sikit...

    ReplyDelete
  4. seronokkan kalau dapat bersantai
    cuti hujung minggu dengan family gini =)

    ReplyDelete
  5. Akak pun sampai lg melaka river cruise ni katanya view mlm lg cantik

    ReplyDelete
  6. bestkan..sy prnah pergi tp xnaik pun

    ReplyDelete
  7. bestnya.... saya g segamat juga. tapi g kenduri kawen je. x dapat bejalan jalan..

    ReplyDelete