Kerana Ekzema


Hari Sabtu lepas kenalan mommy Irra datang beraya ke rumah. Kak Dayah, suami dan anak-anak; Aatif, Aufa, dan Auni. Minggu lepas mommy Irra dah pergi beraya rumah mak kak Dayah. Ni gambar g beraya rumah mak kak Dayah.

Menyenget mommy dukung Anis Insyirah
Tahun lepas kami tak beraya ke mana pon kerana satu keluarga kena sakit mata. Virus yang kuat pulak tu. Maka tahun ni kami menghabiskan masa pada hari Sabtu dengan beraya ke sana sini. Ahad masa untuk berehat. Haha kena rehat jugak.

Mommy Irra kenal kak Dayah kerana ekzema. Anak kak Dayah yang kecil ni kena ekzema sama macam Anis Insyirah. Kak Dayah dan mommy Irra mengalami perkara yang sama. Hari-hari yang hampir sama kami lalui. Maka kami lebih memahami dan menjadi kawan baik.  

Tengok lah Auni yang comel. Geram tengok baby Auni macam anak Cina. 


Mama dia pakaikan topeng abang Adam Rayyan. Hehee.


Gambar blur pulak. Mommy Irra dan Auni.


Bergambar dengan kak Dayah dan Auni. (Awat mommy irra gelap?)


Eh Anis Insyirah pon nak masuk bergambar jugak!


Kita snap-snap gambar ni masa nak balik dah. Sambung di luar rumah pulak.


Lighting lebih sikit di luar. Bergambar keluarga. Bapak-bapak tak nak masuk. Terserlah kurang tinggi mommy Irra. Hahahaaa


Ni gambar masa mula2 mommy Irra kenal Auni.


Alhamdulillah, ekzema Auni dah beransur pulih sepenuh. Macam Anis Insyirah lah. Ada 10% lagi. Semoga cepat sembuh anak-anak. We love you. 

21 comments:

  1. Semoga cepat sembuh...comel baby :)

    ReplyDelete
  2. semoga cepat sembuh.. auni n anis yg cute..gugurl plak tu.. comelll... :)

    ReplyDelete
  3. kesiannya dia...tengok macam da sihat tu...alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian sgt kan. alhamdulillah ada penawar jugak..lama berbattle ngan ekzema ni

      Delete
  4. Teruk juga dia kena masa baby ya... siannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah. anis pon camni. huhu..sebab tu kak irra xnak baby lain jadi camni..

      Delete
  5. teruk nyer kena ekzema tu ye
    kesian tengok baby
    sekarang nampak sihat dah, kena jaga pemakanan ajelah kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. sementara nak tunggu immune system dia kuat. immune system stabil tu umo 2tahun. mmg kena jaga bab makan. salah makan naik rashes sana sini

      Delete
  6. siannya Auni.. semoga cepat sembuh. semoga Anis pun baik2 sahaja.

    comel semua. mak2nya pun comel. :-d

    ReplyDelete
  7. auni memang comel.... termasuklah puan gojes yang tengah komen ni (nama auni gak...lalalala)...

    tapi sukanya tengok muka mommy, tanpa mekap pun ayuuuuu sangat ! seriously... sejuk je mata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...puan auni ni bukan comel dah..gojess teruss,,,hehehe

      Delete
  8. melalui ekzema dapat jadi sebuah persahabatan.. blh kongsi2 masalahkan...

    ReplyDelete
  9. Allah. kesiannya. Tabah kak irra :)

    ReplyDelete
  10. Kesian tengok baby kena ekzema. Cik Puteri kesayangan demam pun rasa kesian apatah lagi kena ekzema kan?

    ReplyDelete