DaddyG suh mommy Irra g tanya aunty Lela, jiran sebelah. Aunty pulak tak ada. Mommy Irra g tanya jiran sebelah rumah aunty. Katanya, air tak ada sebab paip pecah. PKNS tutup bekalan air. Tak tahu sehingga jam berapa.
Sungguh bermasalah apabila tiada bekalan air ni.
1. Rumah mommy Irra tiada tangki air. Jadinya bekalan air kosong.
2. Aktiviti masak-memasak memang tak boleh dijalankan. Dah la lapar ni. Selalu jam 9 mommy Irra dan Anis Insyirah dah makan nasi. Pastu kul11 makan nasi round ke2 sekali Adam Rayyan.
3. Nak kencing berak(amboi kau tak tapis..buang air kecil dan air besar; lembut la sikit bahasa..hahahaa). Mujur lah ada air dalam botol plastik yang mommy Irra simpan masa kerajaan negeri umum nak buat catuan dulu ni. Eh zaman bila tu? Haa kiranya air dalam botol tu dah berbulan-bulan. Boleh la guna ketika emergency ni. Itu je bekalan yang ada.
Seksa jugak la kerana pagi-pagi ni la projek pelaburan saham anak-beranak(faham-faham la). Huhuhu
Lapar! Roti dah makan. Lapar lagi!! Perut ni layan nasi je. Air oh air!
Macam mana perasaan mereka masa kena catuan hari tu. Pastu kat Afrika yang panas dan takde bekalan air bersih tu. Bersyukur lah mommy Irra. Sesekali diduga, mengingatkan nasib mereka yang kesusahan. Kalau dekat Gaza tu?? Allahuakbar!! Permudahkanlah kehidupan mereka ya Allah!
alahai kesian kak ira.. sabar la ye.. kalau nak meh dtg umah anis kat negeri sembilan.. boleh mandi2..makan2.. hihi.. :)
ReplyDeleteklu dekat dah sampai da anis..hehehe...air dah ada ni..seb baek kejap je..tapi air kotor lagi...
Deletelaa yeke.. kena tggu air pulih dulu la bru boleh gune.. nanti kak ira standby tangki taw.. senang utk mase depan :)
Deletealahai... dah pernah melalui catuan air yg cukup utk dibuat kenangan smpai bila2..
ReplyDeleteharap xde dah catuan tu...
Deletekesian pada kanak-kanak bila catu air ni.
Deletekesiannya ira... ada paip pecah ke kat sana... awatla depa tak bagi notis nk tutup..
ReplyDeleteskang dah ada. tunggu air bersih. air yg ada tu kotor. sbb diorg repair paip tu kan. seb baek sekejap aje. klu tak mengamuk dah ai
DeleteRumah xdak tangki simpanan air...memang susah la kan, perlu adakan jugak utk guna masa² kecemasan ...jangan sangka semuanya ok selalu..terutama masalah air selangor...bertabah , sabarlah ea Irra..
ReplyDeleteMemang seksa kalau tak ada air ni.. ingat dulu masa ena stay kat shah alam, ada time tu kena catu air, ya Allah, terseksa yang amat!.. nak berak kencing pun takut
ReplyDeletehurmmm zaman sekarang ni api dan air adalah penting sekali..
ReplyDeletememang agak sukar kan kalau takde bekalan air :(
ReplyDeleteye lah, susahhhhhhh sangat kalau xde air. satu apa pun x jadi nak buat [-(
ReplyDeleteSusah sangat takde air. wuwuwu
ReplyDeletemmg kalau xde air nie, mmg rse seksa gle.... boleh tahan lagi kalau xde letrik..tapi tidak air... phewww
ReplyDeleteSo mcm mana irra, masih x de air lg ke bg aksk better xde letrik dari xde air kan
ReplyDeletesokong tu akak JM
Deletebila air takde memg seksa
ReplyDeletekena bersedia simpan air. Tapi ingat rumah tu ada anak kecil kena tutp serapinya
ReplyDelete